INFO – SENARAI PENUH BANTUAN COVID-19 DI MALAYSIA DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN 2020
Cabaran besar bagi tahun 2020 apabila seluruh dunia diserang dengan pandemik iaitu kejadian wabak besar-besaran yang dikenali sebagai coronavirus atau COVID-19.
Ia bukan sahaja melumpuhkan kesihatan manusia di setiap negara malah menjejaskan ekonomi dunia. Ini kerana negara yang terlibat adalah kuasa-kuasa besar dan pemegang ekonomi utama dunia.
Malaysia juga turut terlibat dalam krisis yang dihadapi dunia ini. Justeru kerajaan Malaysia juga telah merangka bantuan-bantuan khusus kepada rakyat Malaysia untuk menangani kesan COVID-19 ini.
JOM BACA: Kenali Latar Belakang Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
Antara tindakan awal yang diambil kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri adalah dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Pakej rangsangan ini dirangka berteraskan tiga strategi utama iaitu menangani impak COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti.
Langkah yang lebih khusus adalah memperbaiki aliran tunai perniagaan yang terjejas, merangsang penggunaan dan perbelanjaan swasta serta menggiatkan aktiviti pelaburan domestik di samping langkah proaktif yang telah diambil kerajaan, sektor swasta juga disaran untuk turut serta menggalas tanggungjawab dan menjalankan peranan untuk membantu memacu semula ekonomi negara.
Antara sektor swasta yang telah tampil dalam memberi bantuan termasuklah institusi-institusi perbankan di Malaysia. Bank Negara juga telah mengumumkan penawaran moratorium bagi pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 sama ada individu mahupun pemilikan perniagaan.
Selain kerajaan persekutuan, agensi-agensi kerajaan, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam, NGO dan wakil rakyat turut bekerjasama dalam membantu menangani kesan COVID-19.
Melalui peruntukan kerajaan negeri masing-masing, bantuan termasuklah bayaran kepada pesakit yang positif COVID-19, bantuan kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil, pengecualian bayaran sewa kepada premis perniagaan dan pelbagai lagi inisiatif lain.
Semuanya adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19 sekaligus memulihkan ekonomi negara pada masa hadapan ekoran penularan wabak Covid-19.
Semoga dengan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini dapat meringankan beban kita ketika sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan penyakit Covid-19 di Negara kita ini.
JOM BACA: 10 Perkara Tentang Menteri Kewangan, Tengku Dato Seri Zafrul
BERIKUT ADALAH SENARAI BANTUAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA DAN KERAJAAN MALAYSIA
Bantuan untuk individu warganegara Malaysia, kakitangan kerajaan dan pesara;
- Bantuan Sara Hidup (BSH) Dipercepatkan Bayaran
- Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
- Bantuan Khas Kewangan (PRIHATIN 2020): RM500 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara
- Bantuan Penangguhan Pembayaran Pinjaman Secara Automatik Selama Enam Bulan
Bantuan untuk syarikat/peniaga PKS di Malaysia;
- Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
- Bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Bantuan Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Bantuan Pembiayaan Tanpa Faedah TEKUN Nasional Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
BANTUAN DARIPADA AGENSI KERAJAAN MALAYSIA
- Bantuan Khas ‘Bakul Makanan’ – Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Bantuan Khas Covid-19 Sebanyak RM100 Sehari – NADMA
- Bantuan RM600 Sebulan Jika Terpaksa Cuti Tanpa Gaji – PERKESO
- Bantuan Pengeluaran i-Lestari KWSP Ekoran Penularan Wabak Covid-19 – KWSP
- Diskaun Bil Elektrik – TNB
BANTUAN DARIPADA MAJLIS AGAMA ISLAM
- Bantuan Musaadah Khaira PPZ – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Bantuan Khas Dan Zakat – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
BANTUAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI PERAK
- Bantuan Khas Untuk Golongan Sasar Yang Terkesan Akibat Wabak Covid-19
- Platform Digital Jual Beli Juadah Ramadan S.M.A.R.T Iftar @ Perak
BANTUAN DARIPADA ADUN
*Sumbangan ini dimohon melalui NGO – Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak)
BANTUAN LAIN-LAIN
INISIATIF TAMBAHAN YANG TURUT DISEDIAKAN
- Caruman bulanan KWSP dikurangkan kepada 4% untuk memberi kuasa perbelanjaan kepada setiap isi rumah.
- Peruntukan tambahan sebanyak RM500 Juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membiayai keperluan COVID-19 serta disegerakan segala pembeliaan peralatan berkaitan perubahan dan sebagainya (peruntukan perolehan darurat).
- Peruntukan sebanyak RM100 Juga disediakan oleh kerajaan bagi melantik 2000 kakitangan kesihatan baharu (tambahan) secara kontrak.
- Sebanyak RM130 Juta akan disalurkan kepada negeri-negeri untuk membantu penjaja dan peniaga kecil, pesakit dan keluarga yang terlibat dengan COVID-19 tanpa ambil kira parti mana memerintah negeri berkenaan.
- Lanjutan masa penangguhan bayaran balik PTPTN sehingga 6 bulan berkuatkuasa serta merta.
- Bayaran one-off RM600 kepada Pemandu Teksi, Bas Persiaran, Pemandu Pelancong dan Penarik Beca
- Penangguhan Pinjaman MARA (Pelajaran Dan Peniagaan) serta Diskaun Sewaan Premis MARA
- Pengecualian Yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpanduan
- Pengecualian Bayaran Sewa PPR
Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan ini akan dapat meringankan beban RAKYAT MALAYSIA SECARA KESELURUHANNYA dan ternyata slogan ‘Tiada yang dicicir’ seperti dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri adalah benar.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini. Alhamdulillah.
KOMEN TERKINI