10 PERKARA TENTANG MENTERI KEWANGAN, TENGKU DATO SERI ZAFRUL
Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahannya.
Daripada kesemua barisan kabinet yang diumumkan, antara yang paling menarik perhatian adalah jawatan Menteri Kewangan Malaysia yang kini disandang oleh Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Ketua Pengarah Urusan CIMB Bank.
Bak kata Perdana Menteri, “Hebat orangnya”.
Beliau juga adalah antara individu yang banyak mencurahkan idea serta merancang bantuan-bantuan yang disuntikkan kepada rakyat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi di bawah kementeriannya.
JOM BACA: Kenali Latar Belakang Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia
Sudah pasti beliau adalah perancang utama untuk memastikan semua rakyat Malaysia menikmasti manfaat daripada Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dirangka bagi memastikan ekonomi negara kita tetap berkembang walaupun di saat negara sedang berhadapan dengan pandemik covid-19 yang sangat berbahaya.
Sebelum ini kita pasti belum pernah kenal dengan nama ini. Jadi apa kita kinal kenali beliau dan ketahui 10 perkara tentang belau yang dikongsikan oleh laman web SAYS ini.
Jom lihat senarai di bawah:
1. TENGKU DATO SERI ZAFRUL MEMPUNYAI PENGALAMAN SELAMA 23 TAHUN DALAM INDUSTRI PERBANKAN
Kepakaran Tengku Zafrul adalah dalam bidang pelaburan. Selain CIMB Bank, beliau juga pernah berkhidmat bersama Maybank, Citigroup Malaysia, Kenanga Holdings, dan Avenue Securities.
2. BELIAU MERUPAKAN BEKAS KETUA PENGARAH URUSAN BAGI MAYBANK
Jawatan yang dipegang beliau sebelum menyertai CIMB Bank adalah Ketua Pengarah Urusan Maybank Kim Eng Holdings dan Maybank Investment Bank Berhad.
3. TAHUN INI, BELIAU MENCECAH USIA 47 TAHUN
Tengku Zafrul dilahirkan pada 25 Jun 1973 di Kuala Lumpur.
4. BELIAU ADA AKAUN INSTAGRAM PERIBADI
Image via Instagram @zafrulaziz
Bagi sesiapa yang ingin ikuti perkembangan semasa Tengku Dato Seri Zafrul, boleh follow di sini. Akaun ini kebanyakannya digunakan beliau untuk mengemas kini tentang bidang kerja yang diceburinya.
Namun ada juga diselitkan mengenai kehidupannya bersama ahli keluarga.
PS: Akaun beliau telah di-private-kan selepas pengumuman kabinet.
BACA LANJUT: Senarai Penuh Bantuan Covid-19 Di Malaysia Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin 2020
5. BELIAU MEMPUNYAI SEORANG ISTERI DAN 4 ORANG ANAK
Image via Tengku Zafrul / Linkedin
6. BELIAU MEMULAKAN PERNIAGAAN TUNE MONEY SDN BHD YANG KEMUDIAN DIBELI SEPENUHNYA OLEH AIRASIA PADA 2015
AirAsia telah memeterai perjanjian jualan saham dengan Tune Money International Sdn Bhd (TMI), untuk membeli 81 juta saham mewakili 60% kepentingan dalam Tune Money Sdn Bhd pada tahun 2015.
7. BANYAK ANUGERAH BERPRESTIJ PERNAH DIMENANGI BELIAU

Sepanjang karier, beliau pernah memenangi Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN, Most Promising Entrepreneurship, Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia, Masterclass CEO of the Year dan banyak lagi.
8. TENGKU ZAFRUL MERUPAKAN AHLI MAJLIS PENASIHAT PERNIAGAAN APEC (ABAC) DAN BANYAK LAGI

Selanjutnya, sebagai seorang advokat pembangunan sosioekonomi Malaysia, beliau merupakan salah seorang ahli tertinggi Majlis Sukan Negara Malaysia, selain sebagai Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana. Beliau juga merupakan Panglima Kehormat Rizab Sukarelawan Tentera Laut di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia.
BACA LANJUT: Bantuan Khas Kewangan (Prihatin 2020): RM500 Untuk Penjawat Awam Dan Pesara
9. BELIAU MEMINATI SUKAN LARIAN, MARATHON, DAN BERBASIKAL


10. LIVERPOOL ADALAH PASUKAN KEGEMARAN BELIAU
“Liverpool forever,” tulis beliau di Instagram.
Sumber: SAYS
KOMEN TERKINI