KISAH SEORANG BARBER YANG TIDAK HABIS SEKOLAH

NAUFAL AIZAT SEAWAL BERUMUR 15TAHUN SUDAH BERHENTI SEKOLAH. HANYA MENGHABISKAN MASA DENGAN BELAJAR DI GIAT MARA GOPENG, PATUH KEPADA SEGALA TUNJUK AJAR GURUNYA. GURU YANG SANGAT2 IKHLAS MEMBERI ILMU KEPADA ANAK DIDIKNYA.

Coretan daripada Facebook Pn. Aida Yusoff

Sabar dengan dugaan yang datang….tabah menghadapi rintangan…mula bekerja di kedai milikan orang, terpaksa berhenti bekerja di kedai gunting kerana menjaga ayah yg terlantar di hospital, maka mulalah berjinak2 dengan perkhidmatan rumah ke rumah dgn bas dan perkhidmatan grab… sehinggalah mampu memiliki lesen motor. Dapat sahaja lesen motor, ayah tercinta pula telah pergi buat selama2nya.

Akhirnya…berkat keberanian dan kecekalannya, mampu membuka kedai yang pada mulanya 1 kerusi sahaja, tanpa air-cond dan kerusi budak.
Alhamdulillah….awal 2020, sudah mula ada 3 kerusi, air-cond sudah dipasang dan sudah mula menjadi tenaga pengajar. Malah sudah mempunyai seorang anak muda sebagai pembantu di BARBERSHOP beliau.

Baca Lanjut

JOM JOIN GROUP WHATSAPP USAHAWAN PUBI PERAK

GROUP USAHAWAN PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK TELAH MEMBUKA GROUP WHATSAPP USAHAWAN PERAK BUAT SEMUA WARGA PERAK! JOM SERTAINYA SEKARANG JUGA..

Berita baik buat semua usahawan dan bakal usahawan di Negeri Perak, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh telah melancarkan group whatsapp buat usahawan yang ingin menyampaikan info berkaitan produk dan perkhidmatan masing-masing serta peluang pengiklanan PERCUMA melalui media ini.

Baca Lanjut

SEMBANG SANTAI USAHAWAN PUBI PERAK 1.0

PUBI PERAK DI BAWAH JK PEMBANGUNAN USAHAWAN TELAH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM BERIMPAK TINGGI KHAS BUAT AHLI-AHLI PUBI PERAK YANG BERDAFTAR..

Alhamdulillah, pada 8hb April 2019 yang lalu. Telah berlansung Program Sembang Santai Usahawan PUBI Perak 1.0 yang berlangsung di Khizanat, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPUBI PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENGORAK LANGKAH APABILA BERJAYA MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI YANG PERTAMA SEJAK DITUBUHKAN PADA 22HB OKTOBER 2017 YANG LALU.

Alhamdulillah, pada 7hb April 2019 yang lalu. Telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut