JAKEL CAWANGAN SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH DALAM KEJADIAN KEBAKARAN AWAL PAGI TADI

TERKINI: JAKEL CAWANGAN SHAH ALAM HAMPIR MUSNAH DALAM KEJADIAN KEBAKARAN AWAL PAGI TADI

Sebut mengenai jenama Jakel pastinya ramai yang cukup mengenalinya. Berjaya menawarkan seleksi kain dan pakaian sejak sekian lama antara yang membuatkan jenama ini menjadi kunjungan setiap kali menjelang musim perayaan.

Terbaharu, sebuah berita duka buat syarikat Jakel apabila dilaporkan Jakel cawangan Shah Alam dilaporkan hampir musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku dilaporkan telah memunahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Baca Lanjut

REMAJA BAKAR TAHFIZ PADA 2017 DIPENJARA SEHINGGA DIAMPUNKAN AGONG

Gambar – The Vocket

TERKINI: REMAJA BAKAR TAHFIZ PADA 2017 DIPENJARA SEHINGGA DIAMPUNKAN AGONG

Tertuduh utama kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 nyawa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur pada 2017 akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah hari ini.

Dia yang kini berusia 19 tahun menerima hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, kerana Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati .

Menurut Harian Metro, dia sebelum ini didakwa menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Baca Lanjut

IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

KEBAKARAN – IBU, EMPAT ANAK RENTUNG

IBU bersama empat anak lelakinya rentung dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, Membakut, hari ini.

Mangsa Aishah Jumat, 58, meninggal dunia bersama empat anak lelakinya iaitu Dzulkarnain Othman, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.

Dalam kejadian itu juga, dua lagi anaknya berusia 29 dan 25 tahun cedera melecur dan dirawat di Hospital Beaufort.

Baca Lanjut