SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN TAHUN 2023M / 1444H DI BAWAH PENTADBIRAN MBI

INFO – SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN TAHUN 2023M / 1444H DI BAWAH PENTADBIRAN MBI

Terkini pada 23hb Februari 2023 baru ini, Majlis Bandara Ipoh telah mengumumkan senarai penganjur Bazar Ramadan bagi tahun 2023M / 1444H di bawah pentadbiran majlis tersebut.

Sebanyak 21 buah tapak Bazar Ramadan telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan melibatkan sebanyak 13 penganjur yang terdiri daripada NGO, Koperasi, KRT dan Jawatankuasa Masjid/Surau.

Bagi tahun 2023 ini, sebanyak 1,384 buah tapak Bazar Ramadan telah disediakan kepada para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan ini dengan mensasasar seramai 1 Juta pengunjung secara keseluruhan di Bandar Ipoh ini.

Baca Lanjut

BAZAR RAMADAN 2023 ANJURAN PUBI PERAK DENGAN KERJASAMA MBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada untuk tahun 2023 ini, PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan bagi tahun 2023 / 1444M di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.

Baca Lanjut

CARA DAFTAR CUKAI LHDN UNTUK e-FILING 2023

INFO – CARA DAFTAR CUKAI LHDN UNTUK e-FILING 2023

e-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.

Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN? Adakah anda layak dikenakan cukai?

Ketahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.

Baca Lanjut

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

INFO: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

PROGRAM bantuan tunai kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Baca Lanjut