INFO – PANDUAN MEMOHON PEMBIAYAAN MIKRO BSN 0% FAEDAH DI BAWAH PROGRAM GERAN KHAS PRIHATIN PKS

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Geran Khas Tambahan bagi PKS (perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro). 

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu PKS adalah Pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. 

Institusi yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan pinjaman ini adalah Bank Simpanan Nasional. Berikut merupakan beberapa persoalan yang dapat membantu anda membuat permohonan pinjaman mikro.

BACA LANJUT: Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro) –>

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PINJAMAN MIKRO TANPA FAEDAH?

BSN Micro-i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.

1. Apakah BSN Micro-i Kredit Prihatin?

BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19

2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : 

  1. Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  2. Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd 
  3. Dimiliki oleh Warganegara Malaysia 
  4. Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa 
  5. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan 

3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin?  

Terbuka kepada semua sektor perniagaan 

4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Maksimum sehingga RM75,000 

5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Antara 1 hingga 5.5 tahun 

6. Apakah keistimewaan BSN Micro-i Kredit Prihatin? 

Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan. 

7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro-i Kredit Prihatin?

0% 

8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan?  

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah : 

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah 
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi 
  • Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini 
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank 

9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan?

6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima 

10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Sehingga 31 Disember 2020 

11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan?

Tiada cagaran diperlukan. 

12. Dengan siapakah pelanggan boleh berurusan jika berminat untuk membuat permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut melalui info di Facebook Rasmi BSN Malaysia seperti di bawah ini;

13. Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro-i Kredit Prihatin?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN Micro-i Kredit Prihatin: 

Sila hubungi 1300-88-1900 atau layari laman sesawang BSN :

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN BSN MICRO KREDIT PRIHATIN

»Muat turun dan isikan Borang Permohonan dan hantarkannya kepada kami.
»Hubungi Eksekutif Pembiayaan Perniagaan terdekat untuk maklumat lanjut.

Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan ini akan dapat meringankan beban pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasankan di Negara kita ini.

Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan dan Bank Simpanan Nasional di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini. Insyallah..

Sumber: Laman Web Rasmi BSN Malaysia, Facebook Rasmi BSN Malaysia

Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;

  1. Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
  2. Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
  3. Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
  4. Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
  5. Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
  6. Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan