Kami Yakin Dan Teruja Untuk Mencapai 5 Matlamat Utama Penubuhan PUBI Perak.

1. Menjadi salah satu persatuan yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.
2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang keusahawanan dan seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak.
3. Membantu dan menggalakkan ahli yang memerlukan bantuan dalam ventuk yang bersesuaian seperti mengadakan kursus-kursus atau seminar motivasi yang bersifar perniagaan dan keusahawanan secara berkala ke arah penyatupaduan.
4. Menggalak dan menyedarkan ahli supaya menjadi usahawan yang bersatu padu serta berilmu dan rajin berniaga disamping berusaha untuk berjaya dalam hidup.
5. Menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh ahli bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih cemerlang berlandaskan penyatupaduan.

01

Sejarah Penubuhan

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak atau lebih dikenali sebagai PUBI Perak telah ditubuhkan pada 15hb April 2016 oleh 8 orang AJK Penaja yang semuanya berlatar belakang usahawan dan bekerja sendiri.

02

Visi Kami

Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara satu sama lain agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran serta saling hormat-menghormati dan tolong menolong di antara satu sama lain.

03

Misi Kami
Menjadi sebuah persatuan usahawan yang berdaya saing dan mantap di dalam memperjuangkan nasib usahawan-usahawan kecil atau besar yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.

04

Falsafah Kami
Membina empayar perniagaan dengan jujur, amanah, sabar dan menjadi jutawan yang beriman.

05

Budaya Kami

Telah menjadi aspirasi kami untuk menerapkan budaya murni yang selaras dengan okjektif dan matlamat penubuhan persatuan iaitu rajin belajar, bekerjasama, saling horma-menghormati, jujur, amanah, bersatu-hati dan suka menolong.

06

Harapan Kami
Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah persatuan yang menjadi contoh dan rujukan kepada persatuan yang lain serta dapat bertahan dan kekal di sepanjang zaman.

Berakhlak | Berilmu | Bermotivasi

Pada 15hb April 2019 ini maka genap sudah 3 tahun penubuhan PUBI Perak dan jumlah keahlian semakin bertambah setiap bulan. Semoga PUBI Perak meneruskan perjuangan sebagai sebuah NGO yang berjaya di Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Insyallah.

Jom daftar segera sebagai ahli PUBI Perak!

Daftar sekarang