TERKINI – BANTUAN KHAS UNTUK GOLONGAN SASAR YANG TERKESAN AKIBAT WABAK COVID-19

Prihatin dengan kesan penularan wabak Covid-19, MB Peja dalam perutusan khas hari ini, telah umumkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban rakyat dari golongan sasar di negeri Perak.

Antaranya adalah;

Malaysia Mencatatkan Dua Kes Kematian Akibat Covid-19 Hari Ini – Dr Adham Baba –>

  1. Bantuan one-off kepada penjaja dan peniaga kecil melalui Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Kerajaan negeri juga akan menanggung bayaran selama tiga bulan (Mac hingga Mei 2020) bagi perkara-perkara seperti berikut:
    Bayaran Balik Tabung Usahawan dan Mikrokredit Yayasan Perak
    Bayaran Balik Rumah Harapan
    Pinjaman Pendidikan Negeri Perak
    Bayaran Sewa Bulanan Program Perumahan Rakyat Negeri Perak
  3. Selain daripada itu, kerajaan negeri juga memutuskan untuk menangguhkan pembayaran selama tiga bulan untuk Bayaran Sewa Beli Rancangan Perumahan Awam dan juga Bayaran Sewa Skim Pertapakan Kemudahan Asas (Mac hingga Mei 2020)
  4. Pada masa yang sama, Kerajaan negeri juga akan mempercepatkan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak serta pekerja sambilan harian kepada 19 Mac 2020.

In shaa Allah, bantuan-bantuan susulan akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kerajaan negeri.

Covid-19: Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara –>

Sumber : Faizal Azumu