BERIKUT ADALAH 10 MANFAAT UTAMA DAN KELEBIHAN SEBAGAI AHLI PUBI PERAK

Berikut adalah manfaat-manfaat yang ditawarkan kepada anda sekiranya berdaftar sebagai Ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak ;
1. Manfaat Khairat Kematian untuk ahli, pasangan, anak-anak dan ibubapa ahli PUBI
2. Manfaat Insentif Bantuan Persekolahan dan Insentif Anugerah Kecemerlangan Intelek anak-anak ahli PUBI Perak. 
3. INSENTIF TUNAI untuk Program ‘Member Get Member’ PUBI Perak
4. Potongan diskaun sehingga 10% untuk semua kursus, seminar, bengkel serta program latihan anjuran PUBI Perak
5. Pakej pengiklanan di Facebook Page PUBI PerakLaman Web PUBI Perak dan Pengiklanan di rangkaian ImpacTV 
6. Memasarkan produk di Kedai Online PUBI Perak secara PERCUMA
7. Pemilikan syer saham Koperasi sehingga 72 unit (setiap ahli) dengan pulangan dividen (%) yang sangat tinggi 
8. Pembiayaan Peribadi & Pinjaman kecemasan melalui Koperasi (Maksima RM5,000)
9. Tabung Modal Usahawan (PKS, Penjaja & DLL) (maksima RM20,000)
10. Pemilikan tapak perniagaan di Pasar Malam & Bazaar Ramadhan anjuran PUBI Perak, Ekspo Raya, Karnival dan sebagainya.

*MANFAAT YANG DITAWARKAN DI ATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DAN AKAN BERUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI SEMASA KE SEMASA

Disamping menyediakan manfat yang pelbagai kepada ahli yang berdaftar, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang aktif dan berinovatif di Bandar Ipoh ini telah banyak menjalankan aktiviti keusahawanan serta program-program amal sejak penubuhannya pada tahun 2016 yang lalu.

Aktiviti yang dijalankan adalah berimpak tinggi dan memberi kesan yang besar di dalam usaha untuk membantu membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil yang baharu hendak berjinak untuk memulakan perniagaan.

PUBI Perak juga telah banyak menjalankan program-program amal dan kebajikan termasuk membantu usahawan terutamanya ahli persatuan yang ditimpa musibah atau golongan masyarakat yang memerlukan pertolongan seperti golongan asnaf, golongan OKU dan juga golongan anak-anak yatim.

En. Sharul Rahman

ADA APA LAGI KELEBIHAN KALAU JOIN PUBI PERAK INI..?

👍 Peluang melebarkan jaringan dalam perniagaan. 👍 Peluang untuk menambah ilmu keusahawanan melalui program yang dianjurkan.

👍 Peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

👍 Mendapat maklumat terkini yg memberi manfaat perniagaan. 👍 Medium perantara dan sumber rujukan kepada keperluan dalam perniagaan.

PELBAGAI AKTIVITI DIJALANKAN OLEH PIHAK PERSATUAN SEPERTI;

✔️ Aktiviti keusahawanan, latihan, kursus, seminar serta program kemahiran.

✔️ Aktiviti amal dan kebajikan pun ada, bantu orang susah, orang miskin dan anak-anak yatim disamping menjalankan aktiviti untuk ahli seperti family day, aktiviti santai dan macam-macam lagi!

✔️ Kami juga ada kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti KEMAS, e-Rezeki, e-Usahawan, MDEC, TEKUN Nasional, PUNB, SME Corp, Open University Malaysia, Kolej Komuniti dan lain-lain lagi serta mendapat sokongan dari kerajaan Negeri Perak.

✔️ Paling best kami ada bukak Pasar Malam untuk ahli-ahli berniaga dan tambah income SERTA menganjurkan Karnival Usahawan seperti Karnival Lumut Komer yang sangat berjaya!

✔️ Juga kami ada program ‘Member get Member’ di mana akan anda akan mendapat insentif tunai..

Berakhlak | Berilmu | Bermotivasi

Pada 15hb April 2019 ini maka genap sudah 3 tahun penubuhan PUBI Perak dan jumlah keahlian semakin bertambah setiap bulan. Semoga PUBI Perak meneruskan perjuangan sebagai sebuah NGO yang berjaya di Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Insyallah.

Jom daftar segera sebagai ahli PUBI Perak!

Daftar sekarang