KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini sepanjang bulan Ramadan tahun 2025 ini, KOPUBI Perak Bhd melalui Pengurus Pemasaran Tn Zakaria Kasim telah membuka sebuah Kaunter Khidmat Pelanggan MyAngkasa Amanaj Bhd bertempat di Hadapan Pejabat KRT Taman Raia Mesra, Kampung Kepayang, Ipoh Perak.

Kaunter Khidmat pelanggan ini telah dibuka setiap hari bermula jam 4.00 ptg – 7.00 mlm dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan ini.

Melalui Kaunter Khidmat Pelanggan yg telah dibuka ini, penduduk setempat telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan Pengurusan Harta Pusaka dan Hibah serta penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut

eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

INFO – eMADANI : CARA PENEBUSAN KREDIT e-WALLET RM100 MULAI 4 DISEMBER

Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.

Baca Lanjut

KAD DISKAUN KHAS INSENTIF ISTIMEWA BUAT PENGUSAHA MENU RAHMAH

INF0 – KAD DISKAUN KHAS INSENTIF ISTIMEWA BUAT PENGUSAHA MENU RAHMAH

Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan kerajaan masih lagi wujud walaupun tidak lagi mendapat liputan meluas dan usaha ini dipergiatkan dengan pengenalan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Pada 31 Januari lalu, inisiatif Menu Rahmah dilancarkan dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Baca Lanjut

e-WALLET RM100 MADANI: PENEBUSAN MULAI DISEMBER 2023

INFO: e-WALLET RM100 MADANI: PENEBUSAN MULAI DISEMBER 2023

TERKINI: Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.

Baca Lanjut