ASTRAZENECA PERJELAS KEBIMBANGAN STATUS HALAL VAKSIN

TERKINI: ASTRAZENECA PERJELAS KEBIMBANGAN STATUS HALAL VAKSIN

JAKARTA: AstraZeneca hari ini menyatakan vaksin COVID-19 tidak mengandungi ramuan yang berasal dari babi, susulan kenyataan di Indonesia, negara Muslim paling ramai di dunia, vaksin terbabit melanggar undang-undang Islam.

Majlis ulama tertinggi di Indonesia, Majlis Ulama Indonesia (MUI), di laman webnya Jumaat lalu menyatakan bahawa bahawa vaksin itu ‘haram’ kerana proses pembuatannya menggunakan “trypsin dari pankreas babi”.

Bagaimanapun, majlis meluluskan vaksin AstraZeneca untuk digunakan memandangkan keadaan darurat pandemik.

Baca Lanjut

‘SAYA KEHILANGAN MAK, AYAH, ADIK…’

‘KISAH KEHIDUPAN: SAYA KEHILANGAN MAK, AYAH, ADIK…’

Kuala Lumpur: Potret bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.

Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus nafas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Baca Lanjut

DAFTAR & TEMPAH VAKSIN ASTRAZENECA WARGA EMAS MULAI 23 MEI 2021

INFO: DAFTAR & TEMPAH VAKSIN ASTRAZENECA WARGA EMAS MULAI 23 MEI 2021

Kepada warga emas yang masih belum menerima vaksin COVID-19, anda kini berpeluang untuk membuat tempahan bagi vaksin AstraZeneca yang akan dibuka tidak lama lagi.

Sebelum ini, tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada orang awam pada 2 Mei 2021 melibatkan 268,000 orang terawal di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk kali ini, tempahan vaksin AstraZeneca hanya ditawarkan kepada warga emas menerusi konsep ‘first-come, first-served” atau siapa cepat dia dapat. Tempahan vaksin ini boleh dibuat secara atas talian mulai 23 Mei 2021 melalui laman web http://vaksincovid.gov.my.

Baca Lanjut

DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

INFO: DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Selepas ketibaan pertama vaksin Covid-19 di Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

Pemberian vaksin tersebut adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.

Untuk makluman, sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Baca Lanjut