LATAR BELAKANG PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak atau lebih dikenali sebagai PUBI Perak telah ditubuhkan pada 15hb April 2016 oleh 8 orang AJK Penaja yang semuanya berlatar belakang usahawan atau bekerja sendiri.

Persatuan ini ditubuhkan di Bandaraya Ipoh yang pesat membangun dan berdaftar dengan nombor pendaftaran ROS; PPM-011-08-15062016.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dipengerusikan oleh Usahawan Muda yang lahir di bandaraya Ipoh iaitu En. Sharul Rahman dan dibantu oleh 13 orang Ahli Jawatan Kuasa yang bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk membawa PUBI Perak ke peringkat yang lebih tinggi.

Kini setelah hampir empat tahun penubuhan PUBI Perak, persatuan ini telah memiliki sebuah pejabat untuk beroperasi di No.57B Susuran Station 18, Station 18, 31650 Ipoh, Perak dan mempunyai ramai Ahli yang berdaftardi kalangan usahawan di Bandaraya Ipoh Perak.

Di antara kejayaan besar PUBI Perak sejak penubuhannya adalah kejayaan menganjurkan sebuat karnival yang berprestij iaitu ‘Karnival Lumut Komer’ di bawah Ahli Parlimen Lumut iaitu Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Moha Hatta Bin Ramli pada 29-31hb Disember 2018 yang lalu dan manjadi Rakan Strategik Ipoh Food Fest 2019 anjuran Kerajaan Negeri Perak di bawah Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak.

Antara lain PUBI Perak juga berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung setiap tahun dan di antara tokoh yang pernah hadir selaku Perasmi Mesyuarat adalah Yang Berbahagia Datuk Wira Jamaluddin B Hj. Abdul Rahim selaku YDP Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak dan Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim selalu Exco Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri Perak.

 PUBI Perak juga berjaya menjalin kerjasama strategik dengan Agensi Kerajaan mahupun Swasta seperti SME Corp Malaysia dan PUNB, MDEC di bawah Program eRezeki & eUsahawan, Pusat Kegiatan KEMAS Parlimen Gopeng, Kolej Komuniti, Pusat Kulinari; HAAZA Centre of Excelent dan bekerjasama dengan Open University Malaysia Negeri Perak.

Pada tahun 2019, PUBI Perak telah mendapat kelulusan untuk menganjurkan Pasar Malam di beberapa lokasi yang strategik bagi membantu peniaga-peniaga kecil mendapat tapat bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Antara lokasi yang telah dibuka adalah seperti di Bandar Seri Botani, Lapangan Jaya, Taman Pinji Mewah serta beberapa lokasi lain.

PUBI Perak jiga telah mendapat kebenaran secara rasmi dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di dua buah lokasi strategik iaitu di Lapangan Jaya dan Juga Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.

Terkini pada pada tahun 2020, PUBI Perak telah mengorak langkah dan berjaya membangunkan platform jual-beli secara online yang menggunakan platform laman web dan dilengkapi dengan payment gateway sistem yang selamat dan sangat dipercayai.

Pelancaran Kedai Online ini adalah sebahagian daripada usaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi mencapai objektif dan misi serta visi penubuhan persatuan ini sejak tahun 2016 yang lalu disamping membuka peluang kepada semua untuk memasarkan produk secara digital.

Kini PUBI Perak giat menganjurkan program keusahawanan bagi mencapai objektif penubuhannya serta telah menyusun strategi setiap tahun bagi memantapkan lagi segala usaha yang telah disusun bagi menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran ini. Insyallah..

OBJEKTIF PENUBUHAN PUBI PERAK

1.Menjadi salah satu persatuan yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama ahli.

2. Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang keusahawanan dan seterusnya menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak.

3. Membantu dan menggalakkan ahli yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian seperti mengadakan kursus-kursus atau seminar motivasi yang bersifat perniagaan dan keusahawanan secara berkala ke arah penyatupaduan.

4. Menggalak dan menyedarkan ahli supaya menjadi usahawan yang bersatu padu serta berilmu dan rajin berniaga disamping berusaha untuk berjaya dalam hidup.

5. Menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh ahli bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih Cemerlang berlandaskan penyatupaduan.

1. VISI

Menjadi sebuah persatuan usahawan yang berdaya saing dan mantap di dalam memperjuangkan nasib usahawan-usahawan kecil atau besar yang mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara menjelang 2020.’

2. MISI

’Memupuk kesepakatan dan persefahaman di antara satu sama lain agar maju di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran serta saling hormat-menghormati dan tolong menolong di antara satu sama lain.’

3. BUDAYA YANG DITERAPKAN

Telah menjadi aspirasi kami di Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak untuk menerapkan budaya murni yang selaras dengan okjektif dan matlamat penubuhan persatuan. Budaya yang dimaksudkan adalah Rajin Belajar, Bekerjasama, Saling Menghormati, Jujur & Amanah, Bersatu-hati serta Suka Menolong.

4. MOTO PUBI PERAK

‘Berakhlak, Berilmu, Bermotivasi

5. FALSAFAH PUBI PERAK

Membina empayar perniagaan dengan jujur, amanah, sabar dan menjadi jutawan yang beriman.’

Berakhlak | Berilmu | Bermotivasi

Adalah menjadi harapan kami untuk menjadi sebuah persatuan yang menjadi contoh dan rujukan kepada persatuan yang lain serta dapat bertahan dan kekal di sepanjang zaman. Insyallah

Jom daftar segera sebagai ahli PUBI Perak!

Daftar sekarang