INFO – PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Tahukah anda Pusat Pungutan Zakat MAIWP ada menyediakan bantuan khas COVID-19 iaitu Bantuan Musaadah Khaira PPZ.
Melalui bantuan ini, anda boleh memohon RM300 tunai secara online. Bantuan ini boleh dimohon oleh semua Warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa.
Bagi penerima BSH, jangan lupa semak status permohonan BPN anda di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.
Berikut dikongsikan garis panduan permohonan bantuan PPZ ini.
KLIK UNTUK BACA : Panduan Mudah Pendaftaran & Pengaktifan I-Akaun KWSP (Ahli) Melalui E-Mel –>
BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Bantuan ini khas untuk seluruh rakyat Malaysia yang terjejas akibat PKP dan bangsa mengira bangsa atau agama.
Syarat kelayakan seperti berikut:
- Golongan B40 pendapatan isi rumah <RM4360 sebulan
- Penjaja / peniaga kecil
- Pekerja dan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji & cuti tanpa gaji
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/ dan pastikan anda membaca dulu segala terma dan syarat permohonan.
Berikut antara dokumen yang perlu disediakan:
- Salinan IC
- Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
Langkah-langkah permohonan seperti berikut:
1. Layari portal rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/
2. Isi dan lengkapkan segala maklumat peribadi pemohon
3. Nyatakan alamat terkini pemohon
4. Isi maklumat tanggungan terkini anda
5. Muat naik kesemua dokumen yang diminta
6. Semak semula kesemua maklumat yang diisi. Jika betul klik Hantar.
Selesai! Permohonan anda kini sedang diproses.
Bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari kepada pemohon yang layak.
Bagi anda yang pernah memohon sebelum ini, anda boleh semak status permohonan Bantuan Musaadah Khairi PPZ di sini.
Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Khas COVID-19 untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Musaadah Khaira PPZ di Kompleks Islam Putrajaya hari ini bagi menyahut seruan YB Senator Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam menjayakan #MusaadahCOVID19.
Musaadah Khaira PPZ merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam membantu meringankan beban orang awam yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Majlis disempurnakan oleh Y.B Senator Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Facebook Khaira PPZ.
KOMEN TERKINI