INFO – CARA MOHON TELEFON BIMBIT PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK KELUARGA B40 BELAJAR DIRUMAH, DITAJA YAYASAN YTL
Setelah memberi simkad dan data Internet 40GB secara percuma, Yayasan YTL sekali lagi ingin menyalurkan sumbangan kepada para pelajar yang memerlukan untuk memudahkan pembelajaran dari rumah.
Kali ini, Yayasan YTL melalui program Bantulah Keluarga B40 ingin memberi telefon percuma kepada pelajar dari keluarga B40 yang layak dan memerlukan.
“Realitinya, bukan semua murid dapat menikmati pembelajaran dari rumah kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu untuk memiliki sebarang alat peranti.
BACA LANJUT: Permohonan Baru Dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Akan Dibayar Mei Ini
Untuk itu kami ingin membantu dengan memberikan telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan) kepada murid dari keluarga B40 supaya mereka boleh belajar dari rumah,” tulis yayasan itu di laman web rasmi mereka.
Yayasan YTL menggesa guru-guru yang mengenali pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran atas talian kerana tiada peranti agar mencalonkan pelajar tersebut untuk menerima bantuan ini.
Astro Awani juga turut memaklumkan perkara ini di laman rasmi facebook mereka;
CARA PERMOHONAN
1. Guru akan menamakan murid yang layak menerima peranti tersebut kerana guru lebih mengetahui murid mana yang berkelayakkan.
2. Kelurga murid tersebut mestilah berlatarbelakangkan keluarga B40 dengan melampirkan maklumat berikut dengan kebenaran ibu bapa murid;
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
3. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, guru akan lawati laman BPN dan masukkan nombor kad pengenalan ibu bapa. Klik ‘Semak’. Sertakan paparan skrin tersebut dalam permohonan.
4. Pencalon atau guru yang menamakan murid tersebut perlu mengisi borang pencalonan ini untuk mengemukakan maklumat murid.
5. Pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN.
Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Telefon bimbit percuma akan dihantarkan kepada pelajar yang dicalonkan. Jika permohonan berjaya, guru dan ibu bapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran.
Yayasan YTL melalui kerjasama dengan FrogAsia dan syarikat penerbitan pelangi juga menyediakan platform pembelajaran atas talian di laman web rasmi untuk para pelajar.
Laman itu meliputi kandungan subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah mengulangkaji pelajaran.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Yayasan YTL di sini.
Sumber: Yayasan YTL, Astro Awani
KOMEN TERKINI