INFO – PANDUAN MEMOHON PEMBIAYAAN TANPA FAEDAH TEKUN NASIONAL DI BAWAH PROGRAM GERAN KHAS PRIHATIN PKS
Wabak Covid-19 telah menjejaskan aktiviti ekonomi negara Malaysia dan telah menyebabkan Perusahaan Kecil dan Sederhana telah mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak ini. Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir pada 14 April 2020.
Keadaan ini telah menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas dan pendapatan para pengusaha terjejas. Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN PKS TAMBAHAN”.
Melalui pakej ini, pihak kerajaan telah menyediakan Geran Khas PRIHATIN PKS berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.
BACA LANJUT: Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro) –>
Salah satu inisiatif kerajaan dalam geran Khas berkenaan adalah Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro Melalui TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%.
Skim ini dipanggil SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL (CBRM).
SYARAT-SYARAT DAN CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) ialah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.
1. APAKAH SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL (CBRM)?
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional ( CBRM ) ialah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.
2. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM CBRM?
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
- Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19 Warganegara Malaysia ( Bumiputera / India )
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
- Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT ( Lesen Penjaja )
- Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
- Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional ( untuk usahawan sedia ada)
3. APAKAH JENIS SEKTOR PERNIAGAAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM CBRM?
Terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah
4. BERAPAKAH AMAUN PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN DI BAWAH SKIM CBRM?
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional ( RM1,000 – RM 10,000 )
5. BERAPA LAMA TEMPOH PEMBIAYAAN SKIM CBRM?
Sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan
6. BERAPAKAH KADAR KEUNTUNGAN BAGI SKIM CBRM?
0% ( Tiada Caj )
7. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH :
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
- Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
- Salinan salah satu Bil Utiliti terkini ( elektrik /air / telefon )
8. BERAPA LAMAKAH TEMPOH YANG DIAMBIL UNTUK KELULUSAN PERMOHONAN?
10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
9. JIKA SAYA BERMINAT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SKIM CBRM, APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Anda boleh download borang melalui link dibawah ini dan e-mel kepada pihak TEKUN di alamat cbrm@tekun.gov.my atau isi borang secara online menggunakan google form yang disediakan oleh pihak TEKUN melalui link di bawah ini;
- Borang Permohonan ONLINE – https://tinyurl.com/PermohonanCBRM
- JPP Borang 25 – Borang Permohonan Pembiayaan CBRM (Untuk Usahawan TEKUN Sedia Ada)
- JPP Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan CBRM (Untuk Bukan Usahawan TEKUN Sedia Ada)
- JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
Disarankan untuk menggunakan google form bagi tujuan permohonan CBRM
10. JIKA PERMOHONAN SAYA BERJAYA, BAGAIMANA MAKLUMAT TERSEBUT DISALURKAN?
Pembiayaan CBRM akan disalurkan kepada usahawan secara 2 peringkat:
- Sebahagian daripada nilai kelulusan 20% akan disalurkan semasa tempoh PKP dan baki 80% akan disalurkan selepas tempoh PKP.
- 100% nilai kelulusan akan disalurkan selepas tempoh PKP
Nota : Usahawan boleh membuat pilihan ketika menandatangani surat perjanjian
SEBARANG PERTANYAN SILA HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DI BAWAH INI ATAU LAWAT LAMAN RASMI TEKUN NASIONAL
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 ( 9 pagi – 5.00 petang / hari bekerja sahaja ) atau layari www.tekun.gov.my
Anda juga boleh lawati facebook rasmi Tekun Nasional untuk info lanjut;
Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan ini akan dapat meringankan beban pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasankan di Negara kita ini.
Setinggi perhargaan kepada pihak kerajaan dan Bank Simpanan Nasional di atas keprihatinan serta tanggungjawab yang dilaksanakan kepada hampir 34 juta rakyat di Negara ini. Insyallah..
Sumber: Laman Web Tekun Nasional, Facebook Rasmi Tekun Nasional
Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;
- Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Syarat-Syarat Bantuan Prihatin RM3000 Untuk Setiap Pengusaha PKS Mikro
- Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
- Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
- Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan
KOMEN TERKINI