DISKAUN BIL ELEKTRIK DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 (PRE 2020)
Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 27 Februari 2020, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun 15% bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020.
Kemudian pada 16 Mac 2020, kerajaan telah memutuskan untuk memberi diskaun 2% kepada semua pengguna lain dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pertanian spesifik serta pengguna domestik bagi penggunaan elektrik untuk tempoh 1 April sehingga 30 September 2020.
Terkini – Bantuan Prihatin Nasional (Bpn) Akan Dibayar Mulai Isnin Depan
Terkini pada 27 Mac 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian diskaun tambahan kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWh atau RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing bermula penggunaan 1 April hingga 30 September 2020.
Pengguna-pengguna dari kategori berikut layak menerima diskaun ke atas bil elektrik mulai penggunaan 1 April hingga 30 September 2020:
- Perdagangan
- Perindustrian
- Pertanian Spesifik
- Domestik / Kediaman
Nota: Pemegang Lesen Awam Pengagihan dengan Tarif Khas (Tarif Bulk) adalah tidak termasuk dalam kategori pengguna yang menerima diskaun daripada TNB.
Peratus diskaun yang akan diterima oleh pengguna adalah berdasarkan sektor perniagaan terpilih, kategori pengguna dan jumlah penggunaan seperti berikut:
Diskaun bil elektrik di bawah PRE2020 dan PRIHATIN adalah diberikan untuk tempoh enam (6) bulan mulai penggunaan elektrik 1 April sehingga 30 September 2020 untuk semua kadar diskaun.
Ini bermakna bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan April dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Mac 2020 dan April 2020, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan April 2020. Sekiranya bil yang diterima dalam bulan April 2020 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Mac 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.
3 Info Penting Bantuan Prihatin Nasional (Bpn) Yang Wajib Anda Tahu –>
Perjanjian Khas yang layak mendapat diskaun adalah merujuk kepada pengguna seperti pengguna co-generator, pengguna di pulau-pulau dengan Tarif Khas, pengguna-pengguna keretapi ber-rel seperti KTM double track, MRT, LRT, ERL dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, pemegang Lesen Awam Pengagihan (LAP) dengan Tarif Perjanjian Khas (Tariff Bulk) tidak termasuk dalam senarai penerima diskaun bil elektrik.
Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.
Kesimpulannya, pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Sekiranya anda menerima diskaun 50% kerana menggunakan elektrik kurang dari 200kWh, maka anda tidak akan layak menerima diskaun.
Diskaun 2% yang diumumkan terdahulu oleh Kerajaan pada 16 Mac 2020 adalah termasuk di dalam diskaun tambahan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.
Jika anda ingin maklumat lanjut, sila hubungi nombor di bawah ini;
TNB CareLine | 1-300-88-5454 tnbcareline@tnb.com.my |
Hotline myGCC | 03-8000 8000 |
Hotline Sekretariat PRE2020 | 03-8882 9089 |
Muat Turun
- FAQ Diskaun Bil Elektrik di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020
- Infografik Pakej Rangsangan Ekonomi Diskaun Elektrik
Sumber: Laman Web TNB
KOMEN TERKINI