PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb April 2020 yang lalu, melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak telah memohon sumbangan berbentuk bantuan bekalan asas dan makanan daripada ADUN Tebing Tinggi iaitu Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz Bin Bari.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Santai Hari Wanita PUBI Perak 2020

Sumbangan ini adalah daripada Pejabat Menteri Besar dan telah disalurkan melalui ADUN kawasan masing-masing dan Alhamdulillah bagi kawasan Tebing Tinggi permohonan bantuan ini telah diluluskan kepada Ahli berdaftar PUBI Perak dan Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak.

Seramai 12 Ahli PUBI Perak dan Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang menetap di kawasan DUN ini telah menerima sumbangan daripada Yang Berhormat di Pejabat Pusat Khidmat beliau di Tebing Tinggi.

Hadir mewakili AJK Induk PUBI Perak pada sesi penyerahan ini adalah AJK Induk PUBI Perak merangkap Ahli Mesyuarat JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak iaitu En Mohamed Helmi bin Mohamed Fuzi dan Ketua JK Pasar Malam dan Bazaar PUBI Perak Pn Noor Zalina.

Turut hadir adalah Ahli Mesyuarat JK Pasar Malam dan Bazaar merangkap Bendahari JK adalah Pn Zureimi.

Semoga dengan usaha yang dijalankan oleh AJK PUBI Perak ini akan dapat meringankan beban Ahli PUBI Perak dan juga Ahli Pasar Malam anjuran PUBI Perak yang terjejas ekoran penularan penyakit Covid-19 yang sedang melanda dunia masa kini.

Insyallah, PUBI Perak juga akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Insyallah

En. Mohamed Helmi Bin Mohamed Fuzi
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak merangkap JK Kebajikan & Kerohanian PUBI Perak