SUMBANGAN TABUNG KASIH KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN DIPERLUKAN

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH KEBAJIKAN PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK ANAK YATIM DARUSSALAM IPOH, PERAK.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kasih kepada Pertubuhan Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Darussalam Ipoh Perak dan meraikan seramai 36 orang anak-anak yatim di rumah kebajikan ini yang terletak di alamat No 70 Jalan Haji Mohd Noordin, Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh, Perak.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 16hb April 2023 ini jam 5.00 petang bertempat di alamat di atas di mana penghuni rumah kebajikan ini akan diraikan serta menerima sumbangan duit raya dan keperluan asas yang lain hasil daripada kutipan orang ramai melalui program ini.

Jesteru itu, kami ingin menyeru orang ramai yang budiman termasuk para usahawan di Bandar Ipoh terutamanya dan sekitar negeri Perak tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi pelaksanaan program ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN OPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Mac 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-01/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kewangan dan Operasi ini telah dipengerusikan oleh En Sharul Rahman selaku Ketua Jawatankuasa Kewangan dan Operasi Koperasi serta dihadiri oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada En. Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi, En Firdaus selaku Bendahari Koperasi, En Khairul selaku Penolong Bendahari dan Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pembantu Tadbir Kewangan dan Operasi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Nazreen dan Pn Sha selaku Penyelia Kantin KOPUBI Perak bhd.

Baca Lanjut

OPERASI MENGGANTUNG BANNER BAZAR RAMADAN 2023

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 03hb Mac 2023 yang lalu telah berlangsung operasi menggantung banner pembukaan tapak Bazar Ramadan anjuran PUBI Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Baca Lanjut

PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

INFO – PENCALONAN ANUGERAH USAHAWAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2022

Anugerah ini adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan Perak yang terpilih bagi mengiktiraf kejayaan usahawan Perak di dalam pelbagai bidang industri dan perkhidmatan.

Anugerah ini juga adalah sebagai pendorong dan contoh kepada usahawan-usahawan PMKS lain di Negeri Perak. Ia juga bertujuan bagi mewujudkan kelompok usahawan “champion” dalam pelbagai industri di negeri Perak.

17 Kategori dipertandingkan bagi Program Anugerah Usahawan Perak. Usahawan hanya boleh mencalonkan diri sendiri maksimum dalam 2 kategori sahaja.

Baca Lanjut