TERKINI – PENGUMUMAN PENTING BANTUAN KHAS DAN ZAKAT MAIPk EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang menyedari perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah memberikan impak kepada rakyat amnya dan asnaf di negeri Perak khasnya.
Justeru itu, dalam kesungguhan MAIPk membela dan menyantuni hak asnaf dan pada 25hb Mac 2020 yang lalu, Pihak MAIPk dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlMaghfur-Lah bersama beberapa rakan strategik telah memperuntukkan Dana Khas Agihan Zakat bertujuan meringankan bebanan rakyat dan membantu usaha pelbagai pihak menghadapi pandemik Wabak Covid-19.
Susulan daripada pengumuman MAIPk seperti di atas, Pihak MAIPk telah dihujani dengan permohonan yang banyak dan pada satu ketika laman web permohonan tersebut tidak dapat dilayari oleh orang ramai akibat permohonan yang agak ‘luar biasa’.
Di atas permohonan yang terlalu banyak dan diluar jangkaan, DUKACITANYA Pihak Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengumumkan bahawa peruntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk telah mencapai tahap maksimum dan telah DITUTUP SECARA RASMI.
Pihak MAIPk di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kesemua permohonan yang telah diterima dapat diproses serta berharap semua pihak agar dapat bersabar sebelum bayaran dikreditkan ke akaun pemohon-pemohon yang layak dipertimbangkan.
-MAKLUMAN-
Dimaklumkan bahawa peruntukkan bagi Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk telah mencapai tahap maksimum agihan berjumlah RM5.8 juta. Oleh yang demikian, capaian kepada sistem tersebut adalah *DITUTUP* secara rasmi bagi membolehkan kesemua permohonan yang telah diterima dapat diproses.
Oleh yang demikian,semua pihak diharapkan dapat bersabar sebelum bayaran dikreditkan ke akaun pemohon-pemohon yang layak dipertimbangkan.
Terima kasih atas perhatian dan permohonan yang telah dikemukakan.
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)
Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap maklum. Sekian.
PENGUMUMAN TERSEBUT TELAH DIBUAT DI LAMAN FACEBOOK DAN JUGA LAMAN WEB MAIPk
Kepada mereka yang belum sempat dan tidak berpeluang memohon bantuan ini janganlah bersedih hati, ini kerana pihak kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 yang baharu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia turut akan akan menyalurkan bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia.
SETINGGI PENGHARGAAN BUAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPK)
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kerana memperuntukkan sejumlah RM5.8 Juta untuk diagihkan melalui bantuan yang telah disediakan ini dan sangat prihatin serta bersedia untuk membantu golongan yang sangat memerlukan pada ketika negara sedang dilanda ujian Covid-19.
Terima kasih juga diucapkan kepada pembayar zakat negeri Perak. Dengan zakat yang dibayar, manfaatnya dapat disalurkan kepada pelbagai pihak.
Marilah kita sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberi perlindungan dan kesihatan serta dihindari dari segala kesengsaraan dalam tempoh yang sukar ini.
Berusahalah kita semua menjaga diri serta keluarga, meningkatkan kewaspadaan dan sepanjang masa sentiasa mematuhi segala arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Semoga Allah Swt. mengurniakan keampunan kepada kita semua, memelihara dari musibah yang berat dan menjauhkan kita dari wabak penyakit Covid-19 yang telah melanda negara Malaysia yang kita cintai.
Insyallah..
KOMEN TERKINI