INFO – PANDUAN & SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP EKORAN PENULARAN WABAK COVID-19

TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.

BACA LANJUT: Kaedah Terbaharu Pengeluaran i-Lestari KWSP (Tidak Perlu Borang)

Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac.

Permohonan secara e-mel dan pos mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli

Kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen TV.

Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Inisiatif ini yang diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses.

Pencarum KWSP adalah dinasihatkan supaya menggunakan kaedah berkenaan dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dana pencen itu juga menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja.

Untuk maklumat lanjut ahli-ahli boleh mengirim emel ke alamat tertera atau layari laman web, facebook dan twitter KWSP.

Sumber : Bernama

INFOGRAFIK SOALAN LAZIM BERKAITAN BANTUAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!

Anda juga boleh lawati laman web rasmi KWSP dan Facebook rasmi KWSP untuk segala info-info terkini berkaitan urusan i-Akaun dan pengeluaran i-Lestari.

Jika anda ingin mengetahui panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) yang disediakan oleh pihak KWSP sila klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my

Informasi lain berkaitan KWSP:

  1. Fakta Menarik Tentang KWSP Untuk Suri Rumah Yang Wajib Anda Ketahui
  2. Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Yang Ramai Orang Tak Tahu Dan Caranya
  3. Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari KWSP Ekoran Penularan Wabak Covid-19
  4. Lupa ID Dan Kata Laluan i-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
  5. Panduan Mudah Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun KWSP (Ahli) Melalui E-Mel
  6. Maklumat Dan Info Terkini Pengeluaran KWSP i-Lestari (Baru Dikemaskini Oleh KWSP)