fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. Dengan bantuan Ahli Jawatan Kuasa persatuan maka gerak kerja untuk menubuhkan koperasi ini telah dimulakan pada pertengahan tahun 2017.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak melalui Ahli Jawatan Kuasanya telah mencapai kata putus di mana sebuah Jawatankuasa Penaja Koperasi ditubuhkan di atas nama Koperasi PUBI Perak Bhd di mana Ahli jawatankuasa Penaja tersebut terdiri daripada Pengerusi Persatuan, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung dan pada 6hb Ogos 2017, permohonan rasmi untuk menubuhkan koperasi telah dibuat melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Logo_Koperasi




Barisan Ahli Lembaga Pengarah

Permohonan tersebut telah diterima baik oleh Suruhanjaya Negeri Perak di mana Jawatan Kuasa Penaja ini telah dijemput ke Pejabat SKM untuk tindakan lanjut. Hasil pertemuan tersebut telah diputuskan bahawa nama rasmi bagi koperasi ini untuk kelulusan SKM adalah Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd dan Jawatankuasa Penaja telah diminta untuk menjalankan satu Mesyuarat Agung Penubuhan Koperasi di dalam masa terdekat bagi membolehkan proses penubuhan dijalankan mengikut peruntukan yang sedia ada.

Setelah bekerja keras selama hampir dua bulan dan turun naik ke pejabat SKM Negeri Perak, di Bangunan Persekutuan, Greentown Ipoh Perak maka berlangsunglah sebuah Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi pada 22hb Oktober 2017 yang telah dihadiri oleh 81 orang bakal anggota. Pada Mesyuarat Agung Permulaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama UTC Perak itu, seramai 9 orang Ahli Lembaga Pengarah telah dilantik sebulat suara oleh bakal anggota koperasi ini.

Setelah selesai Mesyuarat Agung Permulaan ini maka Setiausaha yang dilantik iaitu Saudara Mohamad Jamean Bin Zukepli telah menjalankan tugas setiausaha dengan menghantar segala laporan dan minit Mesyuarat Agung Permulaan koperasi untuk kelulusan rasmi oleh Pihak SKM Negeri Perak.

Dari tempoh Mesyuarat Agung Permulaan berlangsung, Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik masih belum dapat bersidang kerana perlu menunggu keputusan rasmi penubuhan koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan ianya memakan masa hampir dua bulan, barulah Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberi pengesahan rasminya.

Sehubungan itu Penubuhan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah diluluskan secara rasminya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta sijil penubuhan telah dikeluarkan pada 15hb Disember 2017 dengan nombor pendaftaran, A-5-1611.

Kini KOPUBI Perak Bhd telah mula bergerak dan menyasarkan seramai 1,000 anggota akan menyertai koperasi ini pada tahun 2018 ini. Yuran masuk yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM20.00 dan 1 unit saham koperasi dijual pada harga RM100.00 sahaja. Saham maksima dihadkan kepada 10 unit sahaja. Tiga aktiviti utama yang bakal dijalankan oleh koperasi adalah Pinjaman Mikro Kredit kepada anggota, Perniagaan di dalam bidang pemasaran serta Pelaburan di dalam bidang hartanah.

Semoga KOPUBI Perak Bhd ini berjaya menjadi salah sebuah koperasi yang berjaya dan disegani di Negeri Perak serta menjadi contoh kepada koperasi-koperasi yang lain.

Insyallah..

 

Jom Sertai KOPUBI Perak Bhd bersama hampir 1,000+ Anggota Dari Seluruh Negeri Perak!

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd atau KOPUBI Perak telah diilhamkan oleh Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, En. Sharul Baha Abd Rahman sejak penubuhan persatuan ini pada 15hb April 2016 yang lalu. 

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.