MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPSYA KALI-8

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini Pada 29hb November 2022 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 yang julung kali diadakan secara di dalam talian menggunakan platform Zoom dan bersemuka.

Bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan secara bersemuka telah berlangsung dengan jayanya bertempat di di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Bhd (KOPSYA) Kali ke-8 ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd iaitu En Sharul Baha Bin Abd Rahman.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATUK SERI SAARANI

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Datuk Seri Saarani Bin Mohamad di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perak ke-15 pada 21hb November 2022.

Semoga Yang Berhormat meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan dan bakal usahawan serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) & Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI)

10 LANGKAH PENGUNDIAN PRU-15 PADA 19 NOVEMBER

10 LANGKAH PENGUNDIAN PRU-15 PADA 19 NOVEMBER

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 10 langkah pengundian bagi proses pembuangan undi pada 19 November 2022.

Untuk makluman, SPR telah mengumumkan proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 akan dilaksanakan pada 19 November 2022.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang ditetapkan oleh SPR bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan tertib di setiap pusat mengundi.

Baca Lanjut

INSIS YP: PERMOHONAN INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK

INSIS YP: PERMOHONAN INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK

Pelajar anak Negeri Perak yang melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT dalam dan luar negara.adalah dialu-alukan untuk memohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP).

INSIS YP adalah bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti/IPT di dalam dan luar negara.

Sebelum ini, bantuan ini dikenali sebagai Dermasiswa Yayasan Perak.

Baca Lanjut