SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA

INFO : SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT PERAK SEJAHTERA

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan skim pinjaman Mikrokredit untuk para usahawan dan peniaga khusus untuk anak jati Negeri Perak.

Skim pinjaman Mikrokredit Perak Sejahtera adalah program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera yang menyasarkan peniaga dan usahawan mikro dan kecil di Negeri Perak yang berpotensi dan berdaya saing bagi mengembangkan perniagaan. Dalam erti kata yang lain, pinjaman ini bersifat jangka masa pendek dan usahawan atau peniaga yang ingin mendapatkan pinjaman ini dialu-alukan memohon.

Baca Lanjut

KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada pada 30 September 2022 sehingga 2 Oktober 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menyertai sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Karnival Barangan Malaysia.

Karnival yang diadakan selama 3 hari ini telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan parkir Gedung Pasaraya Mydin Mall Meru Raya, Ipoh, Perak.

Hampir 100 pempamer yang terdiri daripada kalangan usahawan dan agensi kerajaan telah menyertai karnival yang sungguh meriah ini termasuklah diadakan Jualan daripada Usahawan Industri kecil dan Sederhana dari pelbagai latar belakang perniagaan.

Baca Lanjut

MPPK 2.0: PROGRAM PEMBIAYAAN MIKRO-I PENJAJA & PENIAGA KECIL

Bank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Baca Lanjut

PEMANTAUAN PESERTA PEKB 2022 BAGI BULAN SEPTEMBER 2022

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada bermula pada 1hb September sehingga 30hb September 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah dan premis perniagaan setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2022 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan kegiatan perniagaan yang telah dijalankan oleh para Peserta PEKB tahun 2022 ini.

Baca Lanjut