PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 03hb Disember 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) Pejabat MARA Negeri Perak yang terletak Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak.
Menyambut kehadiran wakil daripada PUBI Perak adalah Mohd Shahdu Azree bin Mohamed Yusof selaku Penghulu Kanan Mukim Hulu Kinta (Lahat) dan Khairul Anuar bin Che Din, Penghulu, Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI