KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 27hb Julai 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-02/2023 bagi sesi tahun 2023/2024 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd di Station 18, Ipoh Perak.
Mesyuarat JawatanKuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga En Mohamad Nafis.
Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini bagi memantau proses-proses audit yang dijalankan oleh pihak Juruaudit Dalaman adalah Bendahari Koperasi iaitu En Firdaus, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha dan En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI