INFO: BKC FASA 3 – SEMAKAN BAYARAN & KATEGORI PENERIMA (DISEMBER 2021)
Sejumlah 3.8 juta penerima kategori miskin dan berpendapatan rendah B40 mula menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 sebanyak RM300 pada Isnin ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima.
“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI