INFO: TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (JADUAL BULANAN MULAI OGOS 2021)

Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan pertama ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Berikut adalah cara membuat semakan:

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan Bantuan Khas OKU PEMULIH RM500 / 3 Bulan (JKM)

CARA MEMBUAT SEMAKAN TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP

i) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra (Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra)

  1. Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

ii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun

Nak jadi orang pertama mohon BANTUAN KERAJAAN? Wajib join Telegram kami sekarang di https://t.me/ecentral

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
  6. Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

TARIKH BAYARAN i-CITRA BAGI BULAN-BULAN BERIKUTNYA (JADUAL BULANAN)

Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:

Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD