INFO: BKC – TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat iaitu BKC atau Bantuan Khas COVID-19.

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH. Selain itu, PM turut mengumumkan bayaran tambahan BPR yang diumumkan 31 Mei lalu akan mula dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun 2021.

i-Citra pula akan disalurkan bermula 2 Ogos ini. Berikut adalah makluman tambahan berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang telah diumukan;

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tarikh Bayaran i-Citra KWSP (Jadual Bulanan Mulai Ogos 2021)

APAKAH BANTUAN KHAS COVID-19?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

bkc

JUMLAH BANTUAN BKC OGOS

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

  1. Miskin tegar
  2. B40
  3. M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
  • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

CARA PERMOHONAN

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  1. Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  2. B40 – Permohonan BPR 2021
  3. M40 – Percukaian (LHDNM)

TARIKH BAYARAN

Pembayaran BKC akan dibuat mengikut jadual di bawah ini. Bayaran pertama dijangka pada bulan ini (Ogos 2021), namun tarikh sebenar akan dikemaskini kemudian setelah mendapat pengumuman rasmi daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia:

Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:

  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
    permohonan BPR 2021
  2. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  3. permohonan BPR 2021
  4. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
    rekod percukaian

SOALAN LAZIM

  • Berapakah jumlah bantuan BKC?

Dari RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori.

  • Siapa yang layak memohon Bantuan Khas COVID19?

Kategori miskin tegar, B40 dan M40.

  • Bilakah pembayaran BKC akan dibuat?

Bermula Ogos, November dan Disember. (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD