PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

INFO – PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR RAMADAN 2024M / 1445H MAJLIS BANDARAYA IPOH

Seperti tahun-tahun yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan Bazar Ramadan 2024M / 1445H yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Mac 2024 nanti. Sebanyak 19 lokasi akan dibuka dengan anggaran sebanyak 1310 petak niaga.

Persatuan Penjaja / Koperasi Peniaga, Jawatankuasa Penduduk atau mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan / mendapatkan borang permohonan di Jabatan Pelesenan MBI di Tingkat 5 MBI. Permohonan boleh dibuat mulai 26 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024. Senarai lokasi boleh dirujuk melalui iklan tawaran penganjuran Bazar Ramadan 2024 yang akan dikeluarkan mulai 26 Disember 2023 nanti.

Sekiranya sesuatu lokasi tersebut terdapat lebih daripada satu permohonan, MBI akan memilih permohonan yang berjaya berdasarkan kriteria penilaian dan pemilihan penganjur Bazar Ramadan yang diluluskan pada Mesyuarat Tujuan Am 2022 yang lalu.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT BERTEMU DATUK BANDAR IPOH

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 13hb Disember 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk bertemu dengan Ybhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Menyambut kehadiran wakil deligrasi PUBI Perak adalah En. Hafiz Safwan selaku Pegawai kepada Datuk Bandar Ipoh dan pertemuan bersama Datuk Bandar telah diatur selama hampir satu jam di Bilik Anggerik Majlis Bandar Ipoh, Ipoh Perak.

Baca Lanjut

PENYERAHAN SUMBANGAN PEK MAKANAN MBI KEPADA PENIAGA PASAR MALAM

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 24hb Julai 2021 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menyerahkan kesemua 20 Pek Makanan sumbangan Majlis Bandaraya Ipoh yang telah disampaikan kepada pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak tempoh hari oleh Dato’ Rumaizi Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)

INFO: CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)

Pada 5 Ogos 2021 yang lalu Majlis Bandar Ipoh telah mengumumkan bantuan ‘one off’ sebanyak RM300 kepada penjaja, peniaga kecil dan pasar awam di bawah lesen Majli Bandar Raya Ipoh (MBI).

Ini adalah hasil inisiatif Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang mana telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula 7 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga 30 September 2021.

Baca Lanjut