TERKINI: KUMPULAN PUBI LANCAR PROGRAM FOOD BANK UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT SETEMPAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dengan kerjasama J&T Express Malaysia (Negeri Perak) telah melancarkan sebuah program Food Bank di mana premis J&T Express Malaysia PRK413 Bandar Seri Iskandar Perak (yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak) telah dipilih sebagai lokasi rasmi program ini.

Sebanyak 11 buah Premium Courier Point J&T Express Malaysia di seluruh negeri Perak telah terpilih untuk melaksanakan program food bank ini dan ianya berlangsung dari 28hb Julai 2021 sehingga 31hb Ogos 2021.

Matlamat utama program food bank ini adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Majlis Sumbangan Barangan Makanan Kepada 200 Peniaga Pasar Malam

Melalui program ini, penduduk di kawasan sekitar boleh mendapatkan bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan segera dan lain-lain di premis-premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang terpilih termasuklah premis Premium Courier Point J&T Express Malaysia yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd di No.25 Jalan Maju 1, Taman Maju, Bandar Seri Iskandar Perak.

Jesteru itu, pihak Kumpulan PUBI ingin memohon kepada semua warga di Bandar Seri Iskandar dan sekitarnya untuk menghebahkan pelaksanaan program ini di mana mereka yang memerlukan bantuan boleh hadir terus ke premis kami di alamat seperti di atas untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang telah disediakan.

Bantuan ini adalah tertakluk kepada tarikh yang telah dinyatakan dan terhad kepada jumlah stok yang ada sahaja.

Kumpulan PUBI juga di dalam masa yang sama, ingin membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk melibatkan diri di dalam program ini dengan membuat sumbangan berbentuk barangan keperluan asas atau dengan membuat sumbangan berbentuk wang tunai.

Peluang ini boleh diambil dan dimanfaat oleh sesiapa sahaja yang ingin menambah pahala serta mendapat keredhaan dariNya serta membentuk nilai kasih sayang sesama kita.

Insyallah, sumbangan anda tersebut akan diuruskan oleh pihak kami dengan amanah dan bertanggungjawab serta mencapai objektif yang telah dirancang.

Sebarang bentuk sumbangan boleh dibuat atau dihantar terus ke pejabat kami di Station 18 Ipoh Perak atau di premis J&T Express PRK413 di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak.

Anda juga boleh bank in sumbangan anda melalui akaun PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK, 5582 7500 8858 (Maybank) atau klik link di bawah ini untuk terus menderma.

Semoga dengan pelancaran program ini akan dapat meringankan masyarat setempat di dalam mengharungi saat-saat getir sewaktu pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sehingga ke hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Shams selaku Pengurus Operasi J&T Express PRK413 Bandar Seri Iskandar di talian 011 – 3955 3211 atau Pn Nurhuda selaku Ketua Unit Kebajikan Kumpulan PUBI di talian 017 – 536 9624.

Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNya serta berjalan dengan jayanya.

Insyallah.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD