KREDIT eTUNAI RM100 UNTUK B40, M40: TARIKH & PENEBUSAN

INFO – KREDIT eTUNAI RM100 UNTUK B40, M40: TARIKH & PENEBUSAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Baca Lanjut

TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 4 MULAI 15 NOVEMBER 2022

INFO : TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 4 MULAI 15 NOVEMBER 2022

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 bagi mereka yang lulus permohonan dan rayuan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 15 November 2022.

BKM ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

TERKINI: SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah memaparkan status dalam pengkreditan BKm Fasa 3 melalui semakan Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus.

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Baca Lanjut

SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

INFO: SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022.

Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.

Baca Lanjut