MEMBEKALKAN PRODUK PAPER STRAW KEPADA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb April 2021 yang lalu telah berlangsung Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membekalkan produk mesra alam ‘Paper Straw’ kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Unit Perancang Bandar (Projek Khas) bagi tujuan memelihara alam.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd bagi menyerahkan tempahan Paper Straw tersebut adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI). Sebanyak 21,000 batang Paper Straw telah dibekalkan sebagai pemulaan dan pengenalan kepada pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam di Bandaraya Ipoh ini.

Insyallah sebuah kerjasama erat bersama pihak Majlis Bandaraya Ipoh serta Kerajaan Negeri Perak akan diusahakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita terpelihara serta menjamin masa depan anak cucu dan cicit kita pada masa hadapan.

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

INFO: TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

Kemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori

Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN PUBI PERAK 2021

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK DAN FAKIR MISKIN.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak dan juga Golongan Fakir Miskin di sekitar Bandar Ipoh.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 28hb April 2021 ini dan akan turut melibatkan beberapa buah entiti yang ternama di bandar Ipoh iaitu TAJ International College, J&T Express Malaysia (Negeri Perak) dan juga Butik Vendor No.1 di Perak iaitu Gondola 31.

Pada majlis ini nanti, penghuni rumah kebajikan ini berserta penyelia dan penjaga mereka akan diraikan di dewan konvokesyen TAJ International College disamping berbuka puasa bersama. Mereka juga akan menerima sumbangan duit raya, baju raya dan keperluan lain hasil kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

Baca Lanjut

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMASARAN BERKESAN (SIRI-2)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 11hb April 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemasaran Berkesan (Siri-1) kepada Peserta-peserta penerima Tabung Usahawan di bawah selian Yayasan Perak.

Baca Lanjut