SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK DAN FAKIR MISKIN.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak dan juga Golongan Fakir Miskin di sekitar Bandar Ipoh.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 28hb April 2021 ini dan akan turut melibatkan beberapa buah entiti yang ternama di bandar Ipoh iaitu TAJ International College, J&T Express Malaysia (Negeri Perak) dan juga Butik Vendor No.1 di Perak iaitu Gondola 31.

Pada majlis ini nanti, penghuni rumah kebajikan ini berserta penyelia dan penjaga mereka akan diraikan di dewan konvokesyen TAJ International College disamping berbuka puasa bersama. Mereka juga akan menerima sumbangan duit raya, baju raya dan keperluan lain hasil kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Permohonan MyKasih Kapital: Bantuan Modal Perniagaan RM1,000

Jesteru itu, kami ingin menyeru orang ramai termasuk para usahawan di Bandar Ipoh terutamanya dan sekitar negeri Perak tampil untuk memberikan sumbangan masing-masing bagi pelaksanaan program ini.

Jika ada mana-mana badan kerajaan mahupun swasta yang ingin bekerjasama untuk menjayakan program ini juga sangatlah dialu-alukan untuk menghubungi kami.

Sumbangan anda semua sangatlah diperlukan untuk merealisasikan program yang dirancang ini dan hasil sumbangan tersebut akan disalurkan untuk keperluan pelaksanaan program serta menampung kos-kos berikut, iaitu;

  1. Menampung Kos Perbelanjaan Pengurusan Petubuhan serta fasiliti Rumah Kebajikan disamping meringankan beban.
  2. Menampung Kos perbelanjaan tambahan penghuni yang mengikuti kelas agama serta kelas (tuisyen) tambahan setiap hari.
  3. Menampung Perbelanjaan harian seperti makan dan minum serta perbelanjaan persekolahan.

Semoga dengan usaha ini akan dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah ini disamping meraikan serta menggembirakan anak-anak yatim serta miskin di bulan yang sangat mulia ini.

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Riwayat Ahmad)

Insyallah..

Sumbangan derma wang tunai boleh dibuat ke akaun :

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK

5582 7500 8858 (Maybank)

Atau klik link untuk terus menyumbang derma melalui online banking/visa/kad debit/kad kredit —> https://toyyibpay.com/Program-Amal

Tarikh akhir sumbangan adalah pada : 27hb April 2021

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: +60 17-536 9624 (Pn Nory) atau klik link whatsapp berikut —> www.wasap.my/60175369624/Sumbangan+Majlis+Iftar+PUBI

PROGRAM INI ADALAH ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK, KOPUBI PERAK BHD, TAJ INTERNATIONAL COLLEGE, J&T EXRESS MALAYSIA (NEGERI PERAK) DAN GONDOLA 31 (BUTIK VENDOR NO.1 PERAK);

#PUBIPerak #PUBI #ProgramAmal