KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb April 2021 yang lalu telah berlangsung Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membekalkan produk mesra alam ‘Paper Straw’ kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Unit Perancang Bandar (Projek Khas) bagi tujuan memelihara alam.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd bagi menyerahkan tempahan Paper Straw tersebut adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI). Sebanyak 21,000 batang Paper Straw telah dibekalkan sebagai pemulaan dan pengenalan kepada pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam di Bandaraya Ipoh ini.

Insyallah sebuah kerjasama erat bersama pihak Majlis Bandaraya Ipoh serta Kerajaan Negeri Perak akan diusahakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita terpelihara serta menjamin masa depan anak cucu dan cicit kita pada masa hadapan.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Bulanan Operasi PCP J&T Express Milik Kopubi Perak Bhd

Seluruh Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd juga sangat terharu dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh kerana sudi menyahut cabaran Kempen Menyelamatkan Bumi yang telah dianjurkan oleh pihak KOPUBI Perak Bhd.

Semoga dengan usaha ini, alam sekitar kita akan bebas daripada penggunaan ‘singgle plastik used’ yang bukan sahaja megamcam kehidupan di dunia malah akan meberi kesan yang buruk kepada alam sekitar kita.

Didoakan agar dipermudahkan segala urusan KOPUBI Perak Bhd ini yang mana sedang dalam usaha untuk menjayakan misi & visi koperasi untuk membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

Stok Paper Straw yang tersedia untuk dibekalkan kepada pengguna.

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi

BIODEGRADABLE PAPER STRAW ADALAH SOLUSI YANG SESUAI BUAT MASA INI UNTUK MENGGANTIKAN STRAW YANG ADA DI PASARAN MALAYSIA

Apa itu ‘Biodegradble Paper Straw’?

Biodegradable adalah istilah yang digunakan untuk produk-produk mesra alam kerana pembuatannya adalah daripada bahan-bahan yang tidak mencemari alam sekitar serta tidak menggunakan bahan-bahan kimia.

Kebanyakkan product Biodegradable yang ada menggunakan bahan-bahan tumbuh-tumbuhan seperti hampas tebu, hampas jagung, hampas gandum dan juga hampas padi.

Ini menjadikan Produk ‘Biodegradable’ sangat mudah dilupuskan dan ia berupaya untuk melupus secara semulajadi dalam masa kurang 6 bulan dan sama sekali tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar kita.

Produk ini juga sangat selamat digunakan serta tidak membahayakan kesihatan kita dan tidak membawa sebarang penyakit.

Paper Straw adalah penghirup minuman yang diperbuat daripada kertas ‘biodegradable’ yang mudah lupus dan sangat selamat untuk bumi kita.

KOPUBI PERAK BHD SEBAGAI PENGEDAR UTAMA PRODUK MESRA ALAM DI NEGERI PERAK

KOPUBI sebagai salah sebuah Koperasi Usahawan yang prihatin terhadap alam sekitar telah mengambil inisiatif sendiri dengan menjadi pengedar serta pembekal utama produk-produk ‘Biodegradable’ di Negeri Perak ini dengan Produk ‘Paper Straw’ dijadikan produk utama KOPUBI Perak Bhd.

Sebagai pengedar dan pembekal utama, KOPUBI menyediaan pelbagai jenis saiz Paper Straw untuk kegunaan pelangan-pelanggan di restoran, kedai makanan, hotel, cafe dan lain-lain lagi.

Ada pelbagai saiz paper straw yang dibekalkan oleh KOPUBI mengikut kegunaan dan citarasa pelanggan, bermula dari S – 6mm , M – 8mm dan yang paling besar saiz L – 12mm. Pengguna juga boleh memilih untuk Paper Straw yang mempunyai design bercorak atau berwarna supaya lebih nampak menarik dan kreatif.

KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI ;

  • 100% Buatan Malaysia
  • Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
  • Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
  • Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
  • Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
  • Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
  • Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM

KOPUBI juga mempunyai design Paper Straw yang terbaharu di mana ianya boleh dibengkokkan dan yang paling penting ianya diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam ‘biodegradable’.

HUBUNGI SEGERA UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:
019 577 3924 / 011 3955 3211 atau klik link whatsapp di bawah ini;

1. www.wasap.my/60195773924/Paper+Straw
2. www.wasap.my/601139553211/Paper+Straw

* POSTAGE KE SELURUH NEGARA
** AGEN PEMBEKAL DIPERLUKAN
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi