BPR FASA 3: SEMAKAN BAKI BAYARAN MULAI 28 SEPT MENGIKUT KATEGORI

INFO: BPR FASA 3 – SEMAKAN BAKI BAYARAN MULAI 28 SEPT MENGIKUT KATEGORI

Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima.

Makluman untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembayaran BPR Fasa 3 bermula 28 September 2021.

Pembayaran akan dikreditkan bersekali demgan penerima BPR Fasa 3 bersekali pada penghujung September ini.

Baca Lanjut

BPR 2021: SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (SEPTEMBER 2021)

INFO: BPR 2021 – SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (SEPTEMBER 2021)

Bagi pemohon yang telah membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, semakan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 18 September 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan rayuan ini adalah bagi mereka yang telah membuat rayuan bagi status gagal sebelum ini yang dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Untuk makluman, pembayaran bagi rayuan BPR melibatkan seramai 200 ribu penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta. Selain itu juga, individu yang lulus rayuan BPR juga layak memohon Jaringan Prihatin dan tarikh akhir penebusan adalah pada 30 September 2021.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 & TARIKH BAYARAN

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 & TARIKH BAYARAN

Individu yang merayu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), hujung bulan ini (September 2021).

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berdasarkan data lulus BPR.

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian.

Baca Lanjut

PERMOHONAN GPIS: GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN ONE OFF RM3,000

INFO: PERMOHONAN GPIS – GERAN PRIHATIN INDUSTRI SUKAN ONE OFF RM3,000

Bagi pengusaha industri sukan dan rekreasi di Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19, anda kini boleh membuat permohonan menerusi Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS).

Untuk makluman, GPIS merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi komersial terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Permohonan geran prihatin ini terbuka kepada pengusaha dan penggiat industri sukan dan rekreasi komersial yang menjalankan perkhidmatan atau operasi berorientasikan industri sukan dan rekreasi komersial merangkumi fasiliti, kemudahan, latihan, akademi, konsultasi dan penganjuran acara sukan.

Baca Lanjut