OPERASI MEMINDAHKAN STOK PAPER STRAW KE STOR BANDAR SERI ISKANDAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 23hb September 2021 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan operasi memindahkan stok produk ‘Biodegradable’ yang berada di stor sementara KOPUBI Perak Bhd ke stor yang baharu yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Alhamdulillah, stor ini adalah stor yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd dan akan beroperasi sepenuhnya selepas ini dengan penuh strategi dan senergi.

Ini juga adalah sebahagian daripada projek yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan ekonomi di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut

MEMBEKALKAN PRODUK PAPER STRAW KEPADA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb April 2021 yang lalu telah berlangsung Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah membekalkan produk mesra alam ‘Paper Straw’ kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Unit Perancang Bandar (Projek Khas) bagi tujuan memelihara alam.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd bagi menyerahkan tempahan Paper Straw tersebut adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI). Sebanyak 21,000 batang Paper Straw telah dibekalkan sebagai pemulaan dan pengenalan kepada pelaksanaan Kempen Kelestarian Alam di Bandaraya Ipoh ini.

Insyallah sebuah kerjasama erat bersama pihak Majlis Bandaraya Ipoh serta Kerajaan Negeri Perak akan diusahakan bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita terpelihara serta menjamin masa depan anak cucu dan cicit kita pada masa hadapan.

Baca Lanjut

BATCH KEDUA STOK PRODUK ‘BIODEGRADABLE’

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 8hb Ogos 2020 yang lalu, batch kedua stok produk ‘Biodegradable’ telah tiba di Stor Sementara KOPUBI Perak Bhd untuk dipasarkan ke suluruh Negeri Perak.

Ini adalah sebahagian daripada projek yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan ekonomi di Negeri Perak ini.

Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA KOPERASI USAHAWAN BANDAR MERU RAYA BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 09hb Julai 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan dengan Koperasi Usahawan Bandar Meru Raya Bhd bagi membincangkan usahasama strategik pembekalan Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ KOPUBI Perak Bhd bagi kegunaan restoran serta cafe-cafe di Negeri Perak ini.

Menyambut wakil KOPUBI Perak Bhd adalah wakil dari koperasi iaitu En Nizam Baharudin yang merupakan Pengerusi kepada Koperasi Usahawan Bandar Meru Raya Bhd.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman yang juga merupakan Pengerusi kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Baca Lanjut