MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PEMBIAYAAN AGRO BANK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Disember 2020 yang lalu KOPUBI Perak Bhd sekali lagi telah dijemput untuk hadir ke Pejabat AGRO Bank Cawangan Ipoh bagi menandatangani Perjanjian Akhir Pembiayaan bagi projek Usahasama Ladang Harapan anjuran SADC Perak.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman, Bendahari Koperasi Pn. Sham dan Setiausaha Koperasi Saudara Mohamad Jamean.

Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.

Baca Lanjut

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YB DATO’ ZAINOL FADZI

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin di atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.

Semoga Yang Berhormat Dato’ meneruskan agenda membantu rakyat di Negeri Perak dan terus memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, bakal usahawan belia serta menyokong gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN USAHASAMA BERSAMA KITA MART

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 23hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama bersama salah sebuah Pasaraya Muslim yang sedang meningkat naik di kawasan Station 18, Ipoh Perak iaitu Pasaraya Kita Mart.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan salah seorang Ahli Lembaga Koperasi iaitu En. Helmi Pn Lynn serta seorang wakil-waki daripada syarikat Kita Mart yang terdiri daripada Ahli Lembaga Syarikat Kita Glokal Plt.

Melalui perjanjian usahasama ini pihak KOPUBI akan dilantik rakan strategik Kita Mart dan telah bersetuju untuk memberi suntikan modal dalam bentuk pembiayaan dari Tabung Usahawan KOPUBI bagi membantu pasaraya ini berkembang maju disamping mampu meningkatkan keupayaan perusahaan dari segi pusingan modal.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN OPERASI J&T EXPRESS PRK413 MILIK KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 9hb November 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah membuka sebuah pusat operasi perkhidmatan penghantaran ekspress dengan kerjasama strategik bersama syarikat terkemuka J&T Malaysia Sdn Bhd di Bandar Seri Iskandar Perak.

J&T Express PRK413 Seri Iskandar Perak yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) ini secara rasminya telah beroperasi di sebuah premis beralamat No.25, Jalan Maju 1, Taman Maju, Seri Iskandar, Bota, Perak Darul Ridzuan.

Kini penduduk di sekitar Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Siputeh dan Bota boleh datang dan menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang disediakan untuk menghantar barang atau dokumen ke seluruh Negara termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Baca Lanjut