PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

INFO – PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

Kad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.

Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.

Kad ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan Kumpulan B40.

Baca Lanjut

PROGRAM SAYANGI RUMAHKU: BAIK PULIH & BINA BARU RUMAH

INFO – PROGRAM SAYANGI RUMAHKU: BAIK PULIH & BINA BARU RUMAH

Orang awam di negeri Perak yang ingin memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah boleh memohon melalui Program Sayangi Rumahku di bawah Yayasan Perak.

Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep Program Sayangi Rumahku ini ialah program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah.

Baca Lanjut

KURSUS ASAS PEMASARAN BERKESAN (SIRI-4)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 13hb Disember 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Kursus Asas Pemasaran Berkesan (Siri-4) kepada Peserta-peserta penerima Tabung Usahawan di bawah selian Yayasan Perak.

Baca Lanjut

TAWARAN INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (DALAM DAN LUAR NEGARA)

TAWARAN INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (DALAM DAN LUAR NEGARA)

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Perak membuka permohonan bagi Bantuan Insentif Siswa (INSIS YP) bagi pelajar negeri Perak yang berkelayakan.

Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak bertujuan bagi membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian sepenuh masa Semester Pertama di Tahun Pertama ke IPTA,IPTS, Kolej Komuniti, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Vokasional dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak.

Baca Lanjut