CARA MEMOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR

INFO – CARA MEMOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR

Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat COVID-19.

Institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Kesemua penambahbaikan ini merupakan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.

Baca Lanjut

BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Gambar – Perak Today

INFO: BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menjadi agensi terbesar di negeri ini dalam menyediakan inisiatif bantuan membina dan membaik pulih rumah kepada golongan yang memerlukan dengan peruntukan agihan zakat hampir RM20 juta setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, lebih RM13 juta diperuntukan untuk membina 290 rumah baru di bawah program pembangunan sosial dan RM6.64 juta bagi menyelenggara 481 rumah, bagi tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut selari dengan sasaran MAIPk iaitu sekurang-kurangnya menyediakan 300 buah rumah baru dan membantu baik pulih 500 rumah golongan asnaf pada setiap tahun.

Baca Lanjut

SEMAKAN GKP 2.0 RM3,000 & TARIKH PEMBAYARAN NOVEMBER 2020

INFO: SEMAKAN GKP 2.0 RM3,000 & TARIKH PEMBAYARAN NOVEMBER 2020

Umum mengetahui selain BPN 2.0, kerajaan turut membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000. Semakan GKP boleh dibuat bermula 15 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19. Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

Diharapkan dengan bantuan ini, mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Baca Lanjut

7 PERNIAGAAN USTAZ EBIT LEW YANG MUNGKIN KITA TAK TAHU

Ustaz Ebit Lew | Gambar – Google

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti kita akan mengenali seorang ustaz yang lemah lembut tutur katanya dan terkenal dengan ayatnya “Allah Sayang Kita”.

Ustaz Ebit Liew atau nama sebenar beliau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew juga dikenali umum sebagai seorang ustaz berbangsa Cina yang dermawan.

Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baca Lanjut