PERMOHONAN BARU STR 2023 & KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON

INFO – PERMOHONAN BARU STR 2023 & KEMASKINI MAKLUMAT PEMOHON

Difahamkan mulai 15 Januari 2023, orang ramai telah mula menerima wang Bantuan Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim dalam Mini Bajet 2023 sebelum ini.

Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 lalu, beliau memaklumkan bahawa bayaran bantuan kewangan yang dijenamakan sebagai Sumbangan Tunai Ramah 2023 Fasa 1 akan diteruskan dan telah diawalkan pada Januari ini berbanding Mac seperti tahun sebelumnya.

Dalam pembentangan Bajet 2023 pula, Kerajaan mengumumkan akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termiskin mengikut data e-Kasih.

Baca Lanjut

SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN TAHUN 2023M / 1444H DI BAWAH PENTADBIRAN MBI

INFO – SENARAI PENGANJUR BAZAR RAMADAN TAHUN 2023M / 1444H DI BAWAH PENTADBIRAN MBI

Terkini pada 23hb Februari 2023 baru ini, Majlis Bandara Ipoh telah mengumumkan senarai penganjur Bazar Ramadan bagi tahun 2023M / 1444H di bawah pentadbiran majlis tersebut.

Sebanyak 21 buah tapak Bazar Ramadan telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan melibatkan sebanyak 13 penganjur yang terdiri daripada NGO, Koperasi, KRT dan Jawatankuasa Masjid/Surau.

Bagi tahun 2023 ini, sebanyak 1,384 buah tapak Bazar Ramadan telah disediakan kepada para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan ini dengan mensasasar seramai 1 Juta pengunjung secara keseluruhan di Bandar Ipoh ini.

Baca Lanjut

PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

INFO – PROGRAM BANTUAN KAD PERAK SEJAHTERA

Kad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.

Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.

Kad ini dijangka akan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan Kumpulan B40.

Baca Lanjut

PROGRAM SAYANGI RUMAHKU: BAIK PULIH & BINA BARU RUMAH

INFO – PROGRAM SAYANGI RUMAHKU: BAIK PULIH & BINA BARU RUMAH

Orang awam di negeri Perak yang ingin memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah boleh memohon melalui Program Sayangi Rumahku di bawah Yayasan Perak.

Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep Program Sayangi Rumahku ini ialah program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah.

Baca Lanjut