BPN 2.0: BAYARAN DIBUAT DALAM DUA ANSURAN, HUJUNG OKTOBER 2020 DAN JANUARI 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan disalurkan kepada rakyat.

Menurutnya, sebanyak 10.6 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini.

“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir 7 bilion ringgit.

ARTIKEL SEBELUM INI: Agong Dimasukkan ke IJN, Doakan Baginda Sembuh

“RM 600 akan disalurkan kepada hampir 1.4 juta penerima isi rumah M40 dan RM 300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang,” katanya.

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran iaitu yang pertama pada bulan Oktober 2020 dan kedua pada bulan Januari 2021.

Berikut adalah infografik dari sumber TV1;

Info dan maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian.