INFO: KEMASKINI GKP 1.0 DAN 2.0 UNTUK YANG GAGAL KREDIT (MULAI 15 FEBRUARI)
Untuk makluman bagi penerima GKP 1.0 dan 2.0 yang gagal kredit, anda boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ mulai 15 Februari ini.
Hal ini dimaklumkan oleh pihak LHDN melalui sebuah siaran di Facebook.
INFO: SEMAKAN RAYUAN GKP 2.0: JUMLAH & TARIKH BAYARAN 5 FEBRUARI 2021
Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tarikh pembayaran Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0) akan mula dibayar kepada penerima mulai 5 Februari 2021 sebanyak RM3,000.
Untuk makluman, permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dilaksanakan pada 7 Disember hingga 21 Disember 2020 yang lalu bagi memberi peluang kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang gagal menerima GKP sebelum ini.
Setiap permohonan rayuan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan disemak silang atau diverifikasi dengan agensi yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memastikan PKS mikro tersebut benar-benar layak.
INFO: RAYUAN GKP 2.0 & KOD ALASAN TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan GKP anda gagal?
Berita baik di mana rayuan GKP 2.0 akan dibuat kepada umum bermula 7 – 12 Disember nanti. Permohonan rayuan boleh dibuat di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.
INFO: GERAN KHAS PRIHATIN RM912 JUTA AKAN DISALURKAN KEPADA 304,000 PKS MIKRO MULAI 30 NOV – TENGKU ZAFRUL
KUALA LUMPUR: Peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 meningkat kepada RM912 juta daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.
“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 Nov, 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 Nov di portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.
Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri telah disemak silang dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 019-577 3924.
All images are copyrighted to their respective owners.
KOMEN TERKINI