BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Gambar – Perak Today

INFO: BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menjadi agensi terbesar di negeri ini dalam menyediakan inisiatif bantuan membina dan membaik pulih rumah kepada golongan yang memerlukan dengan peruntukan agihan zakat hampir RM20 juta setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, lebih RM13 juta diperuntukan untuk membina 290 rumah baru di bawah program pembangunan sosial dan RM6.64 juta bagi menyelenggara 481 rumah, bagi tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut selari dengan sasaran MAIPk iaitu sekurang-kurangnya menyediakan 300 buah rumah baru dan membantu baik pulih 500 rumah golongan asnaf pada setiap tahun.

Baca Lanjut

TULAR ANAK KECIL TIDUR DI JAMBATAN, USTAZ EBIT LEW NEKAD BAWA BALIK RUMAH

KISAH KEHIDUPA – TULAR ANAK KECIL TIDUR DI JAMBATAN, USTAZ EBIT LEW NEKAD BAWA BALIK RUMAH

Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di fb Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4hari disini..

Saya terus gerak kesana dah 11.30malam dan lalu roadblock dekat situ. OCPD tanya ustaz kemana ni.

Saya minta bantuan mereka. Baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa. Terima kasih ACP Arifai Ketua Polis Daerah Gombak dan semua abang polis bersama saya tadi.

Hebat PDRM. Abang polis semua tolong angkat barang kakak ni dan anaknya.”

Ustaz Ebit Lew
Penceramah Bebas
Baca Lanjut

TERKINI – USTAZ EBIT LEW ‘BORONG’ SATU LORI DI MALAKAT MALL DAN ROSYAM MART UNTUK BANTU ORANG SUSAH YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

TERKINI – USTAZ EBIT LEW ‘BORONG’ SATU LORI DI MALAKAT MALL DAN ROSYAM MART UNTUK BANTU ORANG SUSAH YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.

Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.

Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Nasional bagi membantu seluruh rakyat Malaysia yang terjejas ekoran Penularan penyakit Covid-19 ini

Baca Lanjut

PROGRAM PERMERKASAAN USAHAWAN ASNAF 2020

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 23hb Januari 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak di telah dijemput untuk menghadiri taklimat Program Permerkasaan Usahawan Asnaf 2020 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak di Kompleks Islam Negeri Perak.

Mewaklili PUBI Perak ke sesi taklimat ini adalah Pengerusi PUBI Perak iaitu En Sharul Rahman dan Naib Pengerusi PUBI Perak iaitu Tuan Kudus Alie Novel.

Baca Lanjut