iTEKAD GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK

INFO-iTEKAD GERAN PERCUMA UNTUK USAHAWAN B40 DAN ASNAF PERAK

iTEKAD adalah sebuah program di bawah konsep payung kewangan yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama pelbagai bank bertujuan membantu usahawan mikro berpendapatan rendah kategori B40 untuk memperkukuh/memperkasakan pengurusan kewangan dan kepintaran perniagaan ke arah menjana pendapatan yang mampan serta berterusan, selari dengan aspirasi Kerajaan untuk mempertingkatkan tahap ekonomi golongan tersebut.

Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Ambank dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) akan melancarkan dua pemberian geran khas dan wang zakat sekitar bulan November 2023 seperti berikut:-

Baca Lanjut

PERMOHONAN TRRF BNM: DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000

INFO: PERMOHONAN TRRF BNM – DANA PEMULIHAN PKS SEHINGGA RM500,000

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan dana khas bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat langkah pembendungan penularan wabak COVID-19 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar atau Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF).

Untuk makluman, TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

Matlamat pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR

INFO – CARA MEMOHON BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR

Setelah berakhirnya moratorium selama enam bulan, Bank Negara Malaysia sedar akan kesukaran yang terus dialami sebahagian peminjam akibat COVID-19.

Institusi perbankan akan terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka melalui program Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (TRA).

Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Kesemua penambahbaikan ini merupakan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.

Baca Lanjut