PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

INF0: PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PERAK

Bagi keluarga di Negeri Perak yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah pada tahun 2021, anda boleh memohon Skim Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk).

Untuk makluman, Skim Bantuan Persekolahan ini diberikan untuk meringankan beban asnaf di Negeri Perak untuk menanggung persekolahan anak-anak mereka pada sesi persekolahan 2021.

Selain ini, skim bantuan ini juga mampu mengelakkan anak-anak di Negeri Perak tercicir daripada mendapat pendidikan akibat wujudnya kekangan kewangan keluarga.

Baca Lanjut

BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Gambar – Perak Today

INFO: BANTUAN BINA RUMAH – MAIPK

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menjadi agensi terbesar di negeri ini dalam menyediakan inisiatif bantuan membina dan membaik pulih rumah kepada golongan yang memerlukan dengan peruntukan agihan zakat hampir RM20 juta setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, lebih RM13 juta diperuntukan untuk membina 290 rumah baru di bawah program pembangunan sosial dan RM6.64 juta bagi menyelenggara 481 rumah, bagi tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut selari dengan sasaran MAIPk iaitu sekurang-kurangnya menyediakan 300 buah rumah baru dan membantu baik pulih 500 rumah golongan asnaf pada setiap tahun.

Baca Lanjut

APA YANG ZAKAT BUAT?

INFO – APA YANG ZAKAT BUAT?

Selain giat menyalurkan bantuan kecemasan kepada masyarakat bernilai lebih RM8.8 juta bermula minggu pertama PKP dikuatkuasakan, Zakat Perak – MAIPk turut menyumbangkan peralatan face mask, hand sanitizer dan glove kepada Angkatan Pertahanan Awam Msia, RELA, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pasukan Penguatkuasa JAIPK.

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak turut menyumbangkan cecair disefeksi sbnyk 1000 botol utk Masjid2 seluruh negeri Perak.

Pengedaran dibuat melalui Pejabat Agama Daerah (PTA) untuk kegunaan 674 buah masjid dalam Negeri Perak. Kesemua barangan ini bernilai lebih RM420 ribu.

Baca Lanjut