INFO: SEMAKAN GKP 2.0 RM3,000 & TARIKH PEMBAYARAN NOVEMBER 2020
Umum mengetahui selain BPN 2.0, kerajaan turut membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000. Semakan GKP boleh dibuat bermula 15 November ini di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19. Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.
Diharapkan dengan bantuan ini, mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SIAPA YANG LAYAK GKP 2.0?
Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.
Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan baru akan dibuka bermula 1-31 Oktober 2020. Permohonan boleh dibuat di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my. Sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima. Sebelum ini sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima sejak dibuka awal Mei lalu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.
Manakala baki 72,859 (11.3 peratus) permohonan ditolak.
Semakan Status Permohonan GKP
Pemohonan boleh membuat semakan status permohonan mulai 15 November di portal yang sama.
Tarikh Pembayaran
Mengikut info yang kami terima, pembayaran akan dibuat bermula 25 November secara one-off sebanyak RM3,000.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat.
Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.
Dokumen Sokongan
Sekiranya permohonan anda tidak lulus, anda boleh mengemukakan beberapa dokumen sokongan mengikut kod alasan yang diberikan.
Contohnya:
SOALAN LAZIM
Saya berdaftar dengan SMM tetapi tidak dengan LHDNM, bolehkah saya memohon?
- Ya anda layak memohon GKP 2.0.
Berapakah jumlah bantuan GKP 2.0?
- Sama seperti sebelum ini iaitu RM3,000 secara one-off.
Bilakah saya boleh menyemak status permohonan Geran Khas Prihatin?
- Bermula 15 November 2020.
Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0?
- Pembayaran akan dibuat bermula 25 November 2020.
Sumber: Semakan Online
KOMEN TERKINI