BICARA ILMU MEMPERKASA PERUSAHAAN SOSIAL DALAM KALANGAN KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 13hb Oktober 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menghadiri ke sebuah program yang berimpak tinggi iaitu Bicara Ilmu Memperkasa Perusahaan Sosial Dalam Kalangan Koperasi.

Program ini adalah jalinan kerjasama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi merangkap Setiausaha Koperasi iaitu En. Haizul Fakarudin. Menghadiri ke program ini juga adalah Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan barisan Ahli Lembaga seperti Pn Norhuda, En. Khairul Akmal dan juga En. Safuan.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT SKM NEGERI PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 14hb Ogos 2023 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman bersama Ahli Lembaga yang lain telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak yang terletak di Bangunan Persekutuan Greentown, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada KOPUBI Perak Bhd ini adalah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri iaitu En. Muhammad Akmal bin Ibrahim bersama En. Khairul Fazli bin Haris selaku Pembantu Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Perak, Wilayah Negeri.

Mewakli Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) pula adalah En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd serta En. Haizul Fakarudin merangkap Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Koperasi, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan En. Safuan Ahli Lembaga Koperasi.

Baca Lanjut

PROGRAM AGRO BUSINESS AND INNOVATION CHALLENGE 2023 (ABIC 2023)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 17hb Mei 2022 yang lalu, Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En Sharul Rahman telah dijemput sebagai Juri bagi Program Agro Business and Innovation Challenge 2023 (ABIC 2023) anjuran SADC Perak dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), APEX dan SOM (Shcool of Management).

Baca Lanjut

MAJLIS RAMAH MESRA EXCO WAKEUP, AGENSI, USAHAWAN DAN NGO USAHAWAN NEGERI PERAK 2023

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 10hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Exco WAKEUP, Agensi, Usahawan dan NGO Usahawan Negeri Perak 2023 anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama agensi-agensi keusahawanan, NGO Keusahawanan dan Usahawan-usahawan Negeri Perak serta Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Perak.

Baca Lanjut