DULU PENYANYI NASYID, KINI DR IDZU BAHARIN BERGELAR USAHAWAN BERJAYA RAIH JUALAN RM10 JUTA SEHARI!

KISAH KEJAYAAN : DULU PENYANYI NASYID, KINI DR IDZU BAHARIN BERGELAR USAHAWAN BERJAYA RAIH JUALAN RM10 JUTA SEHARI!

Masihkah anda ingat dengan lagu nasyid Sepohon Kayu dendangan kumpulan Saujana yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dulu. Kini, salah seorang ahli kumpulan tersebut telahpun bergelar usahawan. Ya, Dr Idzu Baharin sebak dan tidak menjangka apabila berjaya mencatat RM10 juta dalam masa sehari menerusil jualan program Alpha Celle, Life Anew.

Dr Idzu, 41, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin berkata, Alpha Cell, Life Anew adalah program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai bermula dari pemeriksaan, penjagaan, kawalan hingga rawatan. “‘Sejujurnya, tak menjangka boleh dapat RM10 juta sehari. Acara yang dibuat pada 16 Oktober lalu itu hanya pra pelancaran. Itu pun tiket habis terjual dan disebabkan permintaan ramai saya terpaksa buat di tempat yang lebih besar.

“Ketika pelancaran itu, tidak menjangka juga lebih 100 pengunjung yang mendaftar untuk mengikuti program Alpha Cell, Life Anew. Ia membuatkan saya sebak dan betul-betul tak menjangka. “Ta memang sambutan luar biasa. Pada mulanya memang nak buat pengenalan saja. Tapi apabila ada yang mendaftar, maksudnya mash ramai yang mementingkan kesihatan sebelum sakit. Mereka ada kesedaran awal. Ia membuatkan saya gembira sebab ramai nak bertindak awal sebelum sakit,” katanya.

Baca Lanjut

KISAH KEJAYAAN MAK NEELOFA, NOOR KARTINI NOOR MOHAMED

KISAH KEJAYAAN MAK NEELOFA, NOOR KARTINI NOOR MOHAMED

Sebut sahaja nama seorang usahawan ini, Datin Noor Kartini, pasti kita semua sudah mengenali dengan ibu pelakon, pengacara dan juga usahawan terkenal iaitu Neelofa. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan Young & Glow Foundation serta pemilik bersama Naelofar Hijab yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. 

Pada artikel kali ini, jom kami kongsikan kisah kejayaan Mak Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed. Pasti anda begitu teruja nak tahu apakah perniagaan yang diusahakannya dan perjalanan kisah perniagaannya.

Baca Lanjut

PERNAH TIDUR DALAM KERETA, KINI USAHAWAN BERJAYA

KISAH KEJAYAAN : PERNAH TIDUR DALAM KERETA, KINI USAHAWAN BERJAYA

Pernah dengar jenama Abang Strawberry? Produk ini viral kerana tampil unik dimakan bersama Nasi Lemak di 200 Seeds Cafe di Cameron Highlands.

Lain daripada yang lain, ia mungkin produk pertama yang menggunakan strawberi sebagai bahan untuk dimasak dalam sambal.

Bukan nak cerita tentang produk Abang Strawberry tapi jom baca tentang siapa ‘Abang’ di sebalik sambal strawberi ini.

Baca Lanjut

INI RUPANYA RAHSIA KEJAYAAN PENGASAS DNARS SKINCARE

KISAH KEJAYAAN : INI RUPANYA RAHSIA KEJAYAAN PENGASAS DNARS SKINCARE

Al-Fatihah buat arwah Faziani Rohban Ahmad yang telah meninggalkan kita semua pada Ramadan 2019 yang lalu. Ramai yang menyifatkan pengasas Dnars Skincare ini sebagai Srikandi Islam Siti Khadijah yang moden. Kami yakin anda pasti teruja untuk melihat apakah kisah di sebalik kejayaan dan kekayaan beliau.

Baca Lanjut