BENGKEL JOM BELAJAR PHOTOSHOP

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 26hb September 2020 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Bengkel Jom Belajar Photoshop anjuran Jawatankuasa Pembangunan Usahawan PUBI (JKPU) bersama Mr. Kenny.

Bengkel ini diadakan bagi membantu usahawan dan bakal usahawan di dalam meningkatkan serta memajukan perniagaan masing-masing dan ini adalah kelas kali ke-5 yang telah diadakan oleh PUBI Perak.

Baca Lanjut

691 KES BAHARU COVID-19, 4 KEMATIAN

TERKINI: 691 KES BAHARU COVID-19, 4 KEMATIAN

Putrajaya: Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya tiga kes import.

“Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

Baca Lanjut

COVID-19: BAYI MANGSA TERMUDA MENINGGAL DUNIA

Gambar Hiasan | Sumber Metro

COVID-19: BAYI MANGSA TERMUDA MENINGGAL DUNIA

Kuala Lumpur: Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

Baca Lanjut

DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | Gambar Metro

TERKINI: DR ZULKIFLI POSITIF COVID-19

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Baca Lanjut