COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

COVID-19: 29 HARI, 262 KEMATIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan di Facebook Rasmi kementerian bahawa sejumlah 262 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19 di negara kita dalam tempoh 29 hari pertama tahun ini.

Daripada 262 kematian yang direkodkan sejak 1 Jan hingga 29 Jan 2021, 92% atau 240 kematian adalah warganegara dan selebihnya iaitu 8% atau 22 kematian bukan warganegara.

Kaum lelaki lebih ramai meninggal dunia dengan 174 kematian atau 66% berbanding wanita 34% atau 88 kematian.

Baca Lanjut

AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

Myra Jijie memaklumkan dia sekeluarganya tidak dapat menghadiri upacara pengebumian ibunya. – Gambar Facebook Myra Jijie | Sumber Astro Awani

KISAH KEHIDUPAN: AL-FATIHAH BUAT IBU – WANITA KONGSI PENGALAMAN DIRI DAN 16 AHLI KELUARGA POSITIF COVID-19

KUALA LUMPUR: “Maka tercetuslah Kluster Permatang daripada ibuku.

“Sebenarnya kami pun tidak tahu datang daripada mana, sesungguhnya soalan ini tidak mampu aku jawab, sebab COVID-19 Itu, kita tidak nampak, kalau nampak senang aku bagi tahu datang daripada siapa,” begitulah luahan seorang pesakit COVID-19, Myra Jijie di laman sosial Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Myra memaklumkan semalam (20 November 2020) adalah hari ke-20 dia menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif COVID-19, daripada Kluster Permatang.

Baca Lanjut

COVID-19: BAYI MANGSA TERMUDA MENINGGAL DUNIA

Gambar Hiasan | Sumber Metro

COVID-19: BAYI MANGSA TERMUDA MENINGGAL DUNIA

Kuala Lumpur: Bayi perempuan berusia setahun menjadi mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi itu mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna, 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan.

Baca Lanjut

DOKTOR WARGA MALAYSIA MENINGGAL AKIBAT COVID-19 DI UK

TERKINI – DOKTOR WARGA MALAYSIA MENINGGAL AKIBAT COVID-19 DI UK

SEORANG doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom (UK), Dr R Vishna, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, lapor BH Online.

Sesawang rasmi Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham hari ini, melaporkan mendiang yang lebih dikenali sebagai Vish, adalah seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.

Ketua Eksekutif hospital terbabit, Sarah-Jane Marsh, menyifatkan Vish seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi serta disayangi rakan sekerjanya.

Baca Lanjut